Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Lebih banyak pasukan MOCSAR ditubuhkan di Sarawak, kata Zuraida
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Lebih banyak pasukan MOCSAR ditubuhkan di Sarawak, kata Zuraida

SIBU, 10 April — Jabatan Bomba dan Penyelamat merancang untuk menubuhkan beberapa pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR) di Sarawak.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata anggota pasukan itu akan direkrut dalam kalangan penduduk tempatan yang mengetahui topografi gunung dan gua di kawasan masing-masing, yang kemudiannya akan membantu mereka lebih responsif terhadap sebarang insiden.

“Kami akan menubuhkan lagi beberapa unit (pasukan ini) untuk kawasan Gua Niah dan gua di kawasan Bau.

“Anggotanya akan diberi latihan asas dan peralatan dan akan diformalkan dengan pemberian elaun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya Kategori C yang dibina dengan kos RM5.8 juta di sini hari ini.

Menurut Zuraida penubuhan pasukan itu adalah penting untuk membantu misi mencari dan menyelamat sekiranya berlaku sebarang insiden.

MOCSAR pertama ditubuhkan pada 12 Julai tahun lepas di Mulu, setahun selepas insiden lemas yang meragut nyawa pemandu pelancong, Roviezal Robin, 20, dan seorang pelancong Belanda di Gua Rusa, Taman Negara Mulu.

Zuraida juga berkata jabatan itu turut menyasarkan untuk membina 120 lagi balai bomba secara berperingkat di negara ini termasuk di Sarawak pada masa depan.

Bagi Sarawak yang mempunyai kawasan yang sangat luas untuk dilitupi, jabatan itu akan terus menubuhkan lebih banyak pasukan bomba sukarela dan bomba komuniti di kawasan pedalaman dan rumah panjang di Sarawak, tambah beliau.

“Disebabkan kekangan kewangan, kami tidak boleh membina balai bomba secara serentak di seluruh negara. Kami akan membina mengikut fasa, menubuhkan lebih banyak pasukan bomba sukarela dan pasukan bomba komuniti adalah pendekatan yang tepat pada masa ini untuk memberikan perkhidmatan yang lebih responsif terutamanya di kawasan terpencil,” katanya.

Sehingga kini terdapat 53 pasukan bomba sukarela dengan 2,983 anggota di kawasan pedalaman di Sarawak.

Zuraida kemudiannya merasmikan balai bomba baharu di Bintangor sebelum meneruskan lawatan ke Julau.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Gempa kuat 6.7 skala richter di Jawa Timur
  • Siswazah baharu: Gaji permulaan rendah adalah sementara – MEF

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.