Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Lebih RM1 bilion disalurkan kepada rakyat Sabah – Perkeso
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Lebih RM1 bilion disalurkan kepada rakyat Sabah – Perkeso

 

KOTA KINABALU, 7 April — Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menyalurkan lebih RM1 bilion kepada rakyat Sabah menerusi pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja dalam tempoh mencabar ini.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata peruntukan itu disalurkan dalam bentuk bantuan serta insentif kewangan kepada majikan dan pekerja untuk kelangsungan operasi perniagaan, mengekalkan pekerja sedia ada dan mengambil pekerja baharu.

Beliau berkata sehingga kini, Perkeso telah berjaya mengagihkan RM14.6 bilion kepada para majikan dan pekerja di seluruh negara menerusi pelbagai inisiatif kerajaan dilaksanakan oleh agensi itu.

“Setakat 2 April, Perkeso berjaya menempatkan semula 46,971 individu ke alam pekerjaan, manakala jumlah kekosongan jawatan didaftarkan majikan pula menjangkau 457,753 kekosongan.

“Bagi Sabah pula, pekerja aktif yang dilindungi sebanyak 280,744 orang, manakala majikan aktif yang dilindungi 33,893 orang setakat 1 April,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri Sabah di sini hari ini.

Perkara itu telah dimaklumkan Mohammed Azman kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Hajiji yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Sabah Dr Mohd Ali Hindia di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini, semalam.

Hajiji dalam kenyataan sama berkata kerajaan negeri menghargai peranan Perkeso dalam penyediaan keselamatan sosial untuk rakyat Sabah bagi perlindungan bencana kerja, keilatan termasuk sebarang kematian dan pemberian elaun kehilangan pekerjaan, insentif yuran latihan, mobiliti dan program penampatan pekerjaan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Perkeso, tgk, twk

Editorial

  • MySejahtera boleh diperluas sebagai pusat sehenti — Saifuddin
  • Ujian ImmuSAFE COVID+ verifikasi keberkesanan vaksin

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.