Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Liga Dunia Islam perkukuh kerjasama dengan Malaysia tangani ancaman terorisme
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

Liga Dunia Islam perkukuh kerjasama dengan Malaysia tangani ancaman terorisme

 

RIYADH, 11 April — Liga Dunia Islam (MWL) komited untuk memperkukuh kerjasama dengan Malaysia dalam menangani isu terorisme, kata Setiausaha Agungnya Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa.

Al-Issa berkata kerjasama itu akan tertumpu kepada perkongsian kepakaran deradikalisasi dan memerangi ancaman pemikiran terorisme.

“Kumpulan pengganas sering memburukkan imej agama Islam dan mengancam keselamatan Islam dan penganutnya.

“MWL dan Malaysia menerusi pejabat Menteri Hal Ehwal Agamanya akan meneruskan kerjasama memerangi golongan ini bagi memastikan imej Islam dapat dijaga dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas pertemuan empat mata dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri  di pejabat MWL di sini pada Sabtu.

Zulkifli kini berada di Arab Saudi untuk lawatan kerja bermula Jumaat lepas hingga 18 April ini atas jemputan MWL.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam itu, mereka turut berbincang tentang kerjasama hal ehwal Islam yang menumpukan pelbagai aspek termasuk dakwah serta saling  bertukar pandangan dan pengalaman di antara kedua-dua pihak.

Al-Issa turut memuji Malaysia dalam menguruskan keharmonian agama dan pelbagai etnik serta melihat ia mampu menjadi contoh kepada negara lain.

“Malaysia dikagumi dan layak menjadi model negara yang mengamalkan wasatiyah persefahaman antara negara dan meraikan kepelbagaian agama yang membentuk masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

MWL yang ditubuhkan pada 1962 merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berpangkalan di Makkah, berperanan memperjelaskan mesej sebenar Islam dengan nilai-nilai kesederhanaan, keamanan dan toleransi.

Sementara itu, Zulkifli berkata kerjasama dengan MWL selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kunjungannya ke Arab Saudi Mac lepas.

“Saya lihat hubungan Malaysia dan WML sudah begitu lama…hampir setiap tahun kita hantar para mufti, pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan tokoh ulama untuk menyertai muktamar yang dianjurkan mereka.

“Apa yang saya lihat dalam pertemuan ini ialah satu bentuk kerjasama yang mungkin dapat kita lakukan dengan lebih tersusun terutama bantuan kepada mereka yang memerlukan, selain dakwah dan manhaj wasatiyah,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Tenaga solar di Malaysia – Antara cabaran, manfaatnya sebagai tenaga alternatif
  • 126 penduduk Kampung Peel mohon rumah ganti

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.