Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Lima pakej kerja baharu Projek Pan Borneo Sabah dalam proses tender
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Lima pakej kerja baharu Projek Pan Borneo Sabah dalam proses tender

 

PAPAR, 8 April — Lima pakej kerja baharu Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah kini sedang dalam proses tender dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata satu daripada lima pakej kerja baharu ini melibatkan laluan dari Tawau ke Semporna yang telah ditamatkan kontrak sebelum ini dan pakej itu telah ditender semula.

“Lima pakej kerja baharu itu dapat disiapkan dalam tempoh 36 bulan, namun jangka masa siap itu adalah bergantung kepada masa tender itu dimuktamadkan atau Surat Setuju Terima projek diserahkan kepada kontraktor.

“Dengan penambahan lima pakej kerja itu, sebanyak 16 pakej kerja Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah telah dilaksanakan…11 pakej kerja yang telah dilaksanakan sebelum ini dijangka siap dalam tempoh 2022 hingga 2023,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas melawat pakej kerja 04 Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang melibatkan jalan Bongawan ke Simpang Benoni dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Menteri Kerja Raya Sabah dan Timbalan Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury.

Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah sejauh 1,236 kilometer melibatkan tiga fasa pembinaan dan merangkumi 35 pakej kerja yang telah ditetapkan.

Fasa pertama melibatkan jajaran jalan dari Sindumin-Kota Kianabalu-Kudat-Ranau-Batu 32 Sandakan- Tawau sejauh 706 kilometer, fasa kedua (Tamparuli-Ranau sejauh 98 kilometer) dan fasa ketiga melibatkan jalan Tawau-Kalabakan-Keningau-Kimanis sejauh 432 kilometer.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata 11 pakej kerja Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang dilaksanakan sebelum ini telah 49 peratus siap sehingga Mac lepas.

“Bagi menambah baik kaedah (pelaksanaan projek) konvensional sedia ada, pelantikan Perunding Pengurusan Projek (PMC), Jurutera Perunding Bebas (ICE) dan Perunding sistem Teknologi Maklumat (ICT) akan turut dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Ini bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • M-WEZ sasar jadi penyumbang ekonomi utama Melaka
  • AXA, GFlex40 tawar insurans perniagaan digital untuk PKS

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.