Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Lima unit kediaman di Pondok Pasir Tumboh musnah terbakar
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Lima unit kediaman di Pondok Pasir Tumboh musnah terbakar

 

KOTA BHARU, 7 April — Lima pondok di Madrasah Diniah Bakriah atau lebih dikenali dengan Pondok Pasir Tumboh di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira 2.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh El Taraff Mohd Zachariah berkata lima pelajar yang berada di unit kediaman itu sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.43 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian sebelum berjaya memadam kebakaran pada 4.20 pagi.

“Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Unit Forensik Bomba juga telah ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa yang ditemui Mohd Danish Adnan, 14, berkata ketika kejadian dia sedang membasuh pakaian di bilik air berhampiran kediamannya.

Katanya, sebaik kembali ke pondok yang didudukinya, dia mendapati unit kediamannya sudah terbakar manakala rakan-rakan yang lain sudah keluar menyelamatkan diri.

“Semua barangan peribadi milik saya turut musnah kerana api begitu cepat merebak ditambah lagi dengan tong gas yang turut terbakar,” kata pelajar berasal dari Tenom, Sabah.

Difahamkan, pada 17 Jun 2016,  sebuah bangunan dua tingkat asrama Madrasah Diniah Bakriah musnah dalam kebakaran ketika para pelajarnya baharu selesai me­nunaikan solat asar di Masjid Terusan Limbat yang terletak di kawasan berhampiran.

Manakala pada 22 Julai 2016, dua buah rumah kediaman di madrasah berkenaan turut musnah terbakar.

Pondok Pasir Tumboh yang ditubuhkan pada 1954 itu adalah satu daripada pusat pengajian Islam tradisional yang terbesar dan terkenal di Kelantan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: BBP, fbk, Kebakaran, tgk, twk

Editorial

  • Kuasa usaha Venezuela adakan pertemuan dengan Zuraida
  • Ribuan ditahan dalam operasi Interpol di Amerika Selatan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.