Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • MAIK lantik pegawai penjarakan fizikal di pejabat, masjid
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

MAIK lantik pegawai penjarakan fizikal di pejabat, masjid

KOTA BHARU, 11 April — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), akan menempatkan ‘Pegawai Penjarakan Fizikal’ sebagai duta di pejabat dan masjid, bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh pandemik COVID-19.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, selain penugasan ‘duta’ secara bergilir-gilir di pejabat MAIK, mereka juga akan melantik Pegawai Penjarakan Fizikal itu di masjid-masjid.

“Pada peringkat permulaan, Pegawai Penjarakan Fizikal ditempatkan di 17 masjid bandar di seluruh negeri, sebelum dikembangkan di masjid mukim dan mereka ini berperanan mendidik masyarakat mematuhi SOP, sebagaimana ketetapan yang dikeluarkan MAIK,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Amanat Yang Dipertua MAIK Bersama Imam-Imam Seluruh Negeri Kelantan 2021, di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini yang turut dihadiri Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Tengku Mohamad Rizam berkata, kebanyakan penularan COVID-19 di negeri Kelantan bermula daripada kluster di pejabat, dan tersebar dalam kalangan komuniti jika dibandingkan dengan negeri lain dan pelantikan ini akan dapat membudayakan pegawai-pegawai di MAIK budaya penjarakan fizikal di pejabat.

Dalam perkembangan lain pula, Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK juga mengambil inisiatif menyediakan skim perlindungan diri, dengan menyediakan caruman kepada 1,208 kakitangan di 604 masjid seluruh negeri, terdiri daripada Imam Tua dan Imam Muda.

“Inisiatif ini diambil adalah bagi memastikan semua kakitangan masjid dapat melaksanakan tugasan dengan baik, dan yang lebih penting mempunyai perlindungan takaful sepanjang masa,” katanya

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • 3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini
  • NGO, media massa digesa bantu jayakan kempen tanam 100 juta pokok

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.