Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pembayaran Zakat : Majikan disaran laksana pemotongan gaji
  • »
  • Berita, BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • May 4, 2021May 4, 2021
  • 0

Pembayaran Zakat : Majikan disaran laksana pemotongan gaji

KUALA LUMPUR, 4 Mei  — Majikan dan ketua organisasi disaran untuk melaksanakan pemotongan gaji pekerja beragama Islam, untuk pembayaran zakat.

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-​Habshee berkata, langkah itu dapat menambah kutipan zakat bagi membantu lebih ramai asnaf, sekali gus memberi kesedaran kepada pekerja mengenai kewajipan membayar zakat.

“Membayar zakat merupakan tanggungjawab setiap orang Islam dan ia berperanan membangunkan ekonomi umat Islam terutama semasa pandemik COVID-19, yang mencatatkan peningkatan golongan asnaf.

“Kadar zakat hanya 2.5 peratus sahaja daripada harta atau pendapatan. Kadar ini bukanlah satu kadar yang membebankan pembayar zakat. Jika tidak pernah (membayar zakat), sebaiknya mulakan sekarang pada bulan ini,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pemimpin sepatutnya menunjukkan contoh teladan kepada pekerja Islam, dengan membuat pemotongan zakat pendapatan sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah pendapatan kasar atau bersih masing-masing.

Melalui langkah ini, sasaran 500,000 pembayar zakat oleh PPZ-MAIWP dapat dicapai, seterusnya memastikan sasaran nilai kutipan zakat sebanyak RM800 juta tahun ini dipenuhi.

Selain itu, beliau berkata PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM120 juta sepanjang bulan Ramadan.

Syed Ali berkata, orang ramai digalakkan melunaskan tanggungjawab membayar zakat menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan, seperti kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari sepanjang Ramadan, perkhidmatan Kaunter Zakat Digital dan perkhidmatan ‘pintu ke pintu’.

Bayaran zakat juga boleh dibuat menerusi saluran bayaran dalam talian di laman web www.fitrah.zakat.com.my atau www.zakat.com.my dan ejen kutipan zakat iaitu melalui perbankan internet bagi 15 bank serta e-dompet Boost, Shopee dan GoPayz.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk, Zakat

Editorial2

  • Acara Baca Puisi Nanggala 402 secara dalam talian, Sabtu ini
  • 40 buah rumah rosak dilanda ribut di Perlis

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.