Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Malaysia usul pengiktirafan Sijil Vaksinasi COVID-19 Timbal Balik dalam kalangan D-8
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Malaysia usul pengiktirafan Sijil Vaksinasi COVID-19 Timbal Balik dalam kalangan D-8

 

PUTRAJAYA, 8 April  — Malaysia mengusulkan agar Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) melaksanakan Pengiktirafan Sijil Vaksinasi COVID-19 Timbal Balik dalam kalangan negara anggota bagi mempercepat pembukaan semula sektor-sektor yang paling teruk terjejas.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat usul itu dalam ucaptama beliau yang disampaikan secara maya pada Sidang Kemuncak D-8 di sini pada Khamis, mengambil kira pelaksanaan pelan vaksinasi yang sedang berlangsung di kebanyakan negara.

Muhyiddin mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak secara maya itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wazed. Perkumpulan D-8 dianggotai lapan negara membangun iaitu Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

Dalam ucapannya,  Muhyiddin berkata pandemik  COVID-19 membawa impak terhadap nyawa dan kehidupan rakyat selain membunyikan amaran, khususnya berhubung isu kemiskinan, dan beliau menggesa negara anggota D-8 agar bekerjasama menangani isu itu secara kolektif.

“Fokus utama Malaysia di bawah strategi pembasmian kemiskinannya ialah penjanaan pendapatan, pengembangan kemudahan pendidikan dan latihan, penjanaan pekerjaan serta pemodenan kehidupan luar bandar selain peningkatan keadaan kehidupan,” katanya yang berkongsikan pengalaman Malaysia.

Muhyiddin berkata Malaysia juga akan berkongsi pengalamannya dengan negara anggota D-8 bagi menghasilkan satu pendekatan bersama dalam melangkah ke depan untuk mengharungi landskap global pasca-COVID-19.

Perdana menteri berkata Malaysia gembira dengan pengaktifan Program Kesihatan dan Perlindungan Sosial D-8 yang merupakan langkah tepat pada masanya ke arah mempermudah negara anggota dalam mengurangkan kesan pandemik itu.

“Pandemik ini menyedarkan kita akan keperluan untuk mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang lebih kukuh, berdaya maju dan berkesan,” katanya.

Malaysia juga gembira menjadi anggota Kumpulan Kerja Mobilisasi Sumber yang bertanggungjawab mengartikulasikan strategi dan cadangan bagi penyumberan domestik oleh negara dan akan terus berkongsi kepakaran serta pengalamannya mengenai isu itu selain bekerja rapat dengan anggota kumpulan kerja, katanya.

Muhyiddin berkata Malaysia turut mengalu-alukan Strategi Pelancongan dan Inisiatif Crescent Moon yang diterima guna kerana ia percaya inisiatif itu penting dalam mempermudah negara anggota untuk menghidupkan semula industri pelancongan mereka yang teruk terjejas oleh pandemik.

“Inisiatif itu yang direka bentuk untuk mempromosikan pelancongan dan kebudayaan,  sosial, serta kesalihubungan manusia dan perniagaan, amat penting dalam melengkapkan aspirasi Deklarasi Dhaka bagi mempromosikan aktiviti pelancongan dalam kalangan negara anggota,” katanya.

Muhyiddin berkata Deklarasi Dhaka serta Pelan Hala Tuju Sedekad D-8 2020-2030 yang akan diterima guna hari ini, bakal berperanan sebagai asas untuk transformasi dan memandu  tugas D-8 bagi kesejahteraan rakyat.

“Dokumen yang diterima guna akan memberikan peluang kepada negara anggota D-8 untuk memperbaharui kerjasama dan komitmen kita ke arah mencapai wawasan bersama kita,” katanya.

Pemimpin lain yang hadir pada sidang kemuncak secara maya itu ialah Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Presiden Indonesia Joko Widodo, Presiden Iran Hassan Rouhani serta Perdana Menteri Pakistan Imran Khan.

Sidang Kemuncak D-8 tahun ini dihoskan oleh Bangladesh dengan tema  “Partnership for a Transformative World: Harnessing the Power of Youth and Technology”.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: COVID, fbk, tgk, twk

Editorial

  • Bekalan air di 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak pulih
  • MAQIS Perlis rampas 1.4 tan ikan basah

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.