Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • MAQIS Perlis rampas 1.4 tan ikan basah
  • »
  • BERNAMA
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

MAQIS Perlis rampas 1.4 tan ikan basah

KANGAR, 9 April — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis merampas 1.4 tan ikan basah bernilai RM5,600 kerana menggunakan dokumen yang mengelirukan.

Pengarah MAQIS Perlis Mohamad Arshad Raffin berkata pihaknya menahan sebuah lori  membawa pelbagai jenis ikan basah ke negara ini di Unit Kargo Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar  pada Isnin (5 April).

“Hasil  pemeriksaan mendapati bahawa  pihak pengimport membawa 1,400 kilogram (1.4 tan)  ikan basah yang diikrar pada permit MAQIS namun dokumen tersebut mengelirukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perbuatan mengimport keluaran pertanian dengan mengemukakan dokumen palsu, tidak tepat dan mengelirukan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011(Akta728).

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mohamad Arshad berkata pihaknya sentiasa memantau sebarang kemasukan dan keluaran melibatkan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas daripada perosak dan penyakit serta mematuhi syarat ditetapkan kerajaan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk, twk

Editorial

  • Malaysia usul pengiktirafan Sijil Vaksinasi COVID-19 Timbal Balik dalam kalangan D-8
  • Kerajaan Selangor lakukan siasatan terperinci isu pajakan Ladang Tennamaram

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.