Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • MARA peruntuk RM3.5 juta bantu usahawan mikro
  • »
  • Berita, BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • April 29, 2021April 30, 2021
  • 0

MARA peruntuk RM3.5 juta bantu usahawan mikro

SEREMBAN, 29 April  — Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sembilan memperuntuk dana sebanyak RM3.5 juta bagi pelaksanaan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) dalam usaha membantu usahawan mikro meneruskan perniagaan yang terjejas susulan penularan pandemik COVID-19.

Pengarah MARA Negeri Sembilan Mimi Mazlin Mohamed Yusof berkata S3P merupakan kemudahan pembiayaan perniagaan yang disediakan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro Bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali pertanian dan penternakan.

“Setakat hari ini, di negeri ini sebanyak 18 permohonan telah diterima membabitkan peruntukan sebanyak RM500,000 sejak ia dilancarkan awal April lepas dan daripada jumlah itu, untuk fasa pertama kita dah luluskan permohonan lapan usahawan.

“Kumpulan usahawan merupakan golongan sangat terjejas dengan pandemik, ini kerana kebanyakan mereka beroperasi secara kecil dengan nilai pendapatan kurang daripada RM300,00 setahun, jadi melalui S3P ini kita bantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran pembiayaan S3P di sini malam ini.

Beliau berkata skim itu menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan mikro iaitu usahawan dengan nilai pendapatan sehingga RM300,000 setahun atau mempunyai maksimum lima pekerja.

Katanya permohonan bagi pembiayaan itu boleh dibuat secara dalam talian bagi menjimatkan masa serta memudahkan proses permohonan dan mereka yang mempunyai kekangan kepada akses Internet akan dibantu oleh pegawai MARA secara manual.

Pada 7 April lepas, Pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun dilaporkan berkata kerajaan memperuntuk RM50 juta untuk S3P yang diperkenal di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)  bagi membantu kira-kira 1,000 usahawan di seluruh negara.

Dalam pada itu, Mimi Mazlin berkata MARA Negeri Sembilan turut memperuntuk RM1.7 juta melalui Skim DanaNita khusus kepada usahawan wanita di negeri tersebut.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: MARA, S3P, tgk, Usahawan

Editorial2

  • KSM cadang laksana modul e-Wages pantau pembayaran gaji pekerja secara masa nyata
  • Urusan perkahwinan antara isu rasuah yang berlaku di JAIPk

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.