Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • MCMC mahu pertingkatkan liputan internet dan jalur lebar
  • »
  • BERNAMA, Teknologi
  • April 15, 2021April 15, 2021
  • 0

MCMC mahu pertingkatkan liputan internet dan jalur lebar

KUALA LUMPUR, 15 April — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mahu untuk terus meningkatkan liputan Internet dan jalur lebar seiring dengan Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Pengerusinya Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata fokus MCMC adalah berdasarkan tiga parameter, iaitu jalur lebar talian tetap, menara komunikasi baharu dan menaik taraf menara yang sedia ada untuk membolehkan peralihan daripada rangkaian generasi ketiga (3G) kepada rangkaian 4G.

“Bagi jalur lebar talian tetap, kami sedang berusaha melaksanakan penyambungan fiber ke premis di negara ini dan bagi suku sebelum ini, kami telah melakukan penyambungan melebihi 100 peratus.

“Kami juga mencapai lebih daripada 100 peratus pada suku kedua tahun ini (Januari-Mac, 2021),” katanya pada program The Nation terbitan Bernama TV hari ini bersempena dengan Laporan Suku Kedua JENDELA baru-baru ini.

Fadhlullah berkata pendekatan yang lebih banyak didorong oleh penawaran sedang dilakukan ketika ini iaitu berkaitan menara komunikasi apabila banyak pihak membuat persiapan untuk pembinaan infrastruktur itu sebelum terdapat permintaan.

“Pada suku sebelum ini, kami mendapati wujud beberapa masalah dengan menara komunikasi baharu, terutama dalam mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri.

“Tetapi kami menjangkakan kelulusan akan diperoleh lebih pantas kerana kerajaan negeri telah menyedari betapa pentingnya bagi mempercepatkan proses tersebut,” katanya.

Mengenai menaik taraf menara komunikasi, Fadhlullah berkata rangkaian 3G perlu dihentikan kerana menggunakan sumber terhad (spektrum) yang juga digunakan oleh rangkaian 4G.

Justeru, spektrum harus dipertingkatkan kepada 4G untuk mendapat lebih banyak data dan kelajuan, katanya.

Beliau memberitahu ia akan membolehkan lebih ramai orang mendapat akses kepada penstriman video dan pengalaman internet yang dipertingkatkan.

Setakat 31 Mac, 2021, MCMC melaporkan bahawa 732,652 pelanggan 3G telah beralih kepada 4G bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

MCMC menjangkakan liputan 4G di kawasan padat penduduk akan mencapai 96.9 peratus pada akhir tahun 2022.

JENDELA dilancarkan pada 29 Ogos, 2020, dan laporan suku tahunan pertamanya dikeluarkan pada 31, Disember 2020.

Ia mengeluarkan laporan setiap suku tahun kepada orang ramai untuk memastikan ketelusan dan pemantauan kemajuan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • Agensi berkaitan perlu bersepadu tangani isu hasil laut dirompak – MAFI
  • PDRM diarah siasat lanjut kes majikan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.