
CYBERJAYA, 2 April — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan CIMB Islamic hari ini menjalin kerjasama menyediakan pembiayaan mikro bernilai RM25 juta sebagai pakej pendanaan awal bagi memacu ekosistem pertanian negara berteraskan teknologi digital (AgTech).
Menerusi dana permulaan RM10 juta, pembiayaan sebanyak RM20,000 akan diberikan kepada 500 pemohon yang akan mendorong para petani mengadaptasi penggunaan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI), Analisis Data Raya (BDA) dan aplikasi berasaskan Internet Pelbagai Benda (IoT).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerjasama ini penting bagi memastikan teknologi digital dapat digunakan dengan pantas sebagai sebahagian daripada usaha Malaysia untuk memajukan ekonomi digital sejajar dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
Leave a Reply