Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Mekah sedia terima jemaah Umrah yang sudah divaksin sempena Ramadan
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Mekah sedia terima jemaah Umrah yang sudah divaksin sempena Ramadan

 

JEDDAH, 8 April — Mekah bersedia untuk menerima jemaah umrah yang sudah menerima suntikan vaksin sempena Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Perkara itu diumumkan pihak berkuasa berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, selaku Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal, pada Rabu.

Putera Khaled yang juga pengerusi jawatankuasa itu menekankan mengenai kepentingan usaha dan koordinasi bersepadu untuk memastikan semua persediaan menyambut kedatangan jemaah berjalan lancar demi keselamatan pengunjung di Dua Masjid Suci.

Dalam mesyuarat itu, Kementerian Haji dan Umrah turut mengemukakan pelan musim Ramadan, meliputi peningkatan operasi Masjidil Haram sambil mematuhi semua langkah pencegahan dikeluarkan pihak berwajib.

Permit menunaikan Umrah akan diberikan kepada mereka yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, mereka yang imun selepas 14 hari menerima dos pertama,  dan mereka yang imun serta sudah pulih daripada jangkitan.

Permohonan permit untuk menunaikan Umrah, solat dan lawatan, slot waktu yang ada dan pengesahan akan dibuat melalui aplikasi (Eatmarna) dan (Tawakkalna).

Pengurusan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi turut mengemukakan pelan operasi mereka sepanjang Ramadan yang akan dilaksana oleh 4,422 petugas.

Di bawah pelan operasi itu, 14 laluan disediakan untuk Tawaf dan tiga laluan paling hampir dengan Ka’bah dikhaskan kepada warga emas serta orang kurang upaya.

Hampir 5,000 pekerja lelaki dan wanita akan melakukan operasi pensterilan dan pembasmian kuman secara kerap, poster panduan turut akan diletakkan di semua ruang solat untuk meningkatkan kepatuhan kepada penjarakan sosial.

Di samping itu, Lapangan Terbang King Abdulaziz, turut menempatkan pasukan khas untuk menyambut ketibaan jemaah dan akan bekerjasama dengan agensi kerajaan serta penyedia perkhidmatan.

Pasukan itu akan mengendalikan jemaah semasa di lapangan terbang termasuk di terminal ketibaan dan pelepasan untuk memastikan jemaah mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Semua kemudahan pengangkutan turut disediakan termasuk perkhidmatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain serta menetapkan laluan ekspres untuk jemaah umrah.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, ramadan, tgk, twk, Umrah

Editorial

  • Giant sedia berkembang semula dengan wajah baharu
  • Sekatan Barat dilihat tidak mampu pulihkan demokrasi di Myanmar

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.