Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Alam Sekitar
  • »
  • Melaka cadang wujud jawatan arboris untuk pulihara pokok warisan
  • »
  • Alam Sekitar, BERNAMA
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

Melaka cadang wujud jawatan arboris untuk pulihara pokok warisan

MELAKA, 9 April — Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bercadang untuk mewujudkan jawatan arboris, iaitu pakar dalam penjagaan tumbuhan berkayu dan kesihatan pokok bagi memastikan pokok-pokok warisan di Melaka, kekal terpulihara.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata satu perbincangan akan diadakan dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mempertimbangkan cadangan itu.

“Kita akan membuat kajian terperinci mengenai perkara ini kerana ia dilihat  lebih menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri untuk sama ada melantik syarikat luar atau buka jawatan tetap dalam PBT.

“Hal landskap ini, ia adalah perancangan jangka masa panjang kerana PBT sememangnya akan berurusan membabitkan hal-hal berkaitan pokok-pokok di setiap kawasan pentadbiran,” katanya ketika ditemui pemberita di Banda Hilir di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan gimik acara menanam semula anak pokok jenis Batai Laut di hadapan bangunan The Stadthuys di Jalan Tun Khalil Yaakob di sini, bagi menggantikan pokok ikonik berusia 127 tahun yang tumbang pada 17 Mac lepas.

Beliau berkata proses penanaman semula anak pokok berusia enam tahun itu dilakukan oleh penguat kuasa  dan Jabatan Landskap MBMB dengan kerjasama arboris yang dilantik selama tiga jam bermula pukul 4 petang Rabu lepas.

Beliau berkata anak pokok Batai Laut setinggi dua meter itu dipindahkan teliti dari Jalan Tebing Tinggi, Bukit Katil menggunakan kaedah yang disarankan oleh arboris.

“Pokok ini akan dijaga oleh syarikat arboris dilantik dengan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan enam bulan sekali.

Menurut  Zainal pokok ikonik Batai Laut berusia 127 tahun yang tumbang pada 17 Mac lepas telah mendapat perhatian masyarakat dan kerajaan negeri berharap usaha penanaman semula pokok ini dapat mengembalikan nostalgia khususnya rakyat di Melaka.

Katanya kajian mendapati punca sebenar pokok ikonik itu tumbang adalah disebabkan kerosakan pada akar yang mungkin berpunca daripada pembinaan tembok penghadang di sekelilingnya.

“Akar pokok ini bukan akar tunjang, ia jenis menjalar secara berselerak. Jadi, bila ada tembok penghadang itu mungkin memberikan halangan kepada akar untuk tumbuh dengan lebih sihat,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Kerajaan Selangor lakukan siasatan terperinci isu pajakan Ladang Tennamaram
  • Aidil Sharin yakin pemain gantian mampu galas tugas hadapi TFC

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.