Skip to content
Laman Utama » Merayakan Akal dan Organisasi

Merayakan Akal dan Organisasi

Oleh: Izzat Ibrahim

Tujuan saya dan rakan-rakan aktivis sertai Program Panjat Bukit Payung anjuran PERTISAS, UTM sebab nak sampaikan isu yang berlaku tentang Bukit Payung.

Mungkin kita tak berjaya ubah apa-apa. Sekurang kurangnya kesedaran itu mula tersebar dan terevolusi.

Tadi Kakak saya beritahu, PERTISAS ini adalah group pengurusan UTM. Oh, patutlah ada sebahagian mereka kerja di bahagian tertinggi pentadbiran. 27 orang penyertaan daripada pelbagai umur dan jawatan.

Saya dan 2 orang kawan lagi, Iltizam Iman Abd Jalil dan Athifi perkenalkan diri sebagai penulis aktivis sepenuh masa.

Menarik semalam dapat bina rangkaian baru. Rangkaian dengan organisasi besar pulak tu. Ada yang minta nombor untuk dapatkan konsultansi penerbitan buku. Kita ok saja nak kongsi maklumat.

Untuk sebarkan info dan kesedaran, selalunya kita tak perlu pun anjurkan program sendiri. Masuk saja mana-mana organisasi punya program.

Kerja pun senang. Sebab program sudah ada orang lain yang uruskan. Orang kumpul nama, cari guider dan rancang jadual. Kita ikut saja. Mereka pun suka kita join sebab program diorang ramai penyertaan.

Kita fokus tugas menyampaikan. Berlatih teknik terbaik untuk sampaikan info.

Sebab selalunya mereka pasti akan tertanya-tanya, siapa kita? Itu adalah sebuah pancingan yang tepat. Lebih mudah nak beritahu kepada orang yang bertanya. Mereka pun akan bersedia untuk mendengar.

Teknikal mudah dan berkesan macam ini kita beritahulah. Kesian aktivis buat kerja susah susah.

Kerja tiada bayaran membuatkan kita lebih kreatif dan cari kaedah yang paling baik. Modal akal lebih bernilai berbanding modal duit yang minta daripada orang ramai.

Begitulah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *