Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • MOTAC teruskan geran sokongan bantu pemulihan industri pelancongan
  • »
  • BERNAMA
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

MOTAC teruskan geran sokongan bantu pemulihan industri pelancongan

KUALA LUMPUR, 9 April — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Tourism Malaysia akan meneruskan pemberian Geran Sokongan Pelancongan, Seni dan Budaya (GSPSB) yang tertangguh pada tahun lepas susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan penyambungan semula geran yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM30 juta sebagai langkah pemulihan industri yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Geran itu bertujuan menyemarakkan dan mengaktifkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya agar terus berdaya saing melalui pemberian sokongan dan bantuan insentif kepada pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) penggiat industri bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi.

“Peruntukan ‘one-off’ di bawah seliaan MOTAC mula digunakan pada Februari 2020 dengan baki peruntukan semasa sebanyak RM24 juta.

“Penganjuran acara dan program di bawah dana GSPSB mesti diadakan di dalam negara dengan memiliki elemen tarikan penyertaan dari negeri-negeri di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penggiat industri yang layak memohon GSPSB terdiri daripada syarikat dan organisasi swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan negeri, anak syarikat di bawah kerajaan negeri dan NGO tempatan.

“Nilai yang ditetapkan bagi penganjuran sesebuah acara atau program di bawah GSPSB adalah antara RM20,000 sehingga RM500,000. GSPSB turut ditetapkan pada kadar maksimum 50 peratus daripada jumlah perbelanjaan sebenar keseluruhan acara dan program atau mengikut siling maksimum RM500,000,” jelasnya.

Bagaimanapun, pertimbangan permohonan tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Untuk memohon atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai GSPSB, layari laman sesawang www.tourism.gov.my atau hubungi talian 03-8891 8191/8192/8196/8232.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk, twk

Editorial

  • Lebih 80 peratus kematian akibat COVID-19 berkaitan dengan komorbid – Dr Adham
  • Insiden tembakan di AS, satu maut, lima cedera

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.