Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • MPIA jangka lebih banyak peruntukan kuota dikeluarkan untuk industri solar PV
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi, Teknologi
  • April 12, 2021April 12, 2021
  • 0

MPIA jangka lebih banyak peruntukan kuota dikeluarkan untuk industri solar PV

KUALA LUMPUR, 12 April — Malaysia sedang menyaksikan “pertumbuhan yang sangat positif” dalam segmen solar atas bumbung dan ladang solar berskala besar (LSS) industri solar fotovoltan negara, menurut Persatuan Perusahaan Industri Fotovolta Malaysia (MPIA).

Presiden MPIA, Davis Chong berkata lebih 2,400 megawatt (MW) projek LSS telah dianugerahkan setakat ini termasuk 823 MW dalam pakej LSS (LSS4) keempat yang disampaikan baru-baru ini.

Pada minggu pertama April, lebih daripada 100 permohonan MW telah dikemukakan oleh sektor komersial dan perindustrian.

“Kami tidak akan terkejut jika kesemua 300 MW yang diperuntukkan untuk sektor komersial dan perindustrian diambil sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini. Kami menantikan lebih banyak peruntukan daripada kerajaan selepas pengambilan penuh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chong berkata pertumbuhan itu boleh diterjemahkan ke dalam pencapaian terpenting bagi Malaysia daripada segi pencapaian kemampanan dan tenaga boleh diperbaharui.

“Banyak perniagaan kini menggunakan sistem solar fotovoltan (PV) sebagai sebahagian daripada langkah mereka untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan kerana ia memberi mereka penjimatan yang ketara dalam bil tenaga.

“Di samping itu, ia sangat positif kepada imej korporat mereka, dengan beberapa syarikat dapat menjual produk atau perkhidmatan mereka pada premium berbanding saingan mereka,” katanya.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) mengumumkan bahawa hampir 4,000 pemasangan pemeteran tenaga bersih (NEM) telah selesai menjelang akhir tahun lepas dan keseluruhan kuota 500 MW NEM di bawah program NEM 2.0 telah diambil sepenuhnya sebelum tarikh akhir 31 Dis 2020.

Seterusnya, tambahan kuota 500 MW telah diumumkan di bawah NEM 3.0.

Permohonan NEM 3.0 untuk sektor kediaman dan kerajaan dibuka mulai 1 Feb manakala permohonan bagi sektor komersial dan perindustrian bermula 1 April.

MPIA dalam kenyataan itu, turut mengumumkan barisan jawatankuasa baharunya untuk penggal 2021-2023 yang dipilih pada mesyuarat agung tahunan persatuan yang ke-14 semasa 31 Mac lepas.

Selain Chong, jawatankuasa itu merangkumi Datuk Ir Muhammad Guntor Mansor Tobeng (naib presiden), Michael Leong (setiausaha), Joe Wong (penolong setiausaha) dan Samuel Soon (bendahari).

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • PM Muhyiddin umum peruntukan RM4 juta untuk penganut Sikh
  • سلطان ميزن سرو اومت اسلام ڤركوكوه ڤرڤادوان

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.