Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • MTDC-YaPEIM sasar bantu 100 syarikat bangunkan pendigitalan Industri 4.0 tahun ini
  • »
  • BERNAMA
  • April 12, 2021April 12, 2021
  • 0

MTDC-YaPEIM sasar bantu 100 syarikat bangunkan pendigitalan Industri 4.0 tahun ini

SUBANG JAYA, 12 April — Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) menyasar untuk membantu 80 hingga 100 syarikat dalam membangunkan pendigitalan dan menerima guna penyelesaian teknologi Industri 4.0 bagi perniagaan mereka sehingga akhir 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Norhalim Yunus berkata sasaran tersebut akan dipacu oleh kerjasama strategik antara MTDC dan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), yang akan membantu usahawan termasuk daripada kalangan asnaf dan B40 yang terpilih di bawah yayasan tersebut.

“Pada fasa pertama, kita akan memberikan latihan dan bimbingan kepada usahawan ini, bimbingan bukan sahaja dari segi perniagaan malah suntikan teknologi.

“Kita akan bantu dari segi kemahiran insaniah, cara menguruskan syarikat, membangunkan model perniagaan, pemilihan dan penggunaan teknologi yang sesuai (bagi perniagaan mereka),” katanya kepada pemberita semasa majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara YaPEIM dan MTDC di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata MoU tersebut memberi penekanan kepada usaha menambah baik keupayaan dan kebolehan usahawan YaPEIM melalui suntikan penggunaan teknologi bersesuaian dengan arus pemodenan masa kini.

Melalui inisiatif ini, YaPEIM dan MTDC dapat meluaskan peluang pemasaran usahawan melalui platform digital, rangkaian perniagaan YaPEIM dan MTDC serta bimbangan daripada program yang dijalankan.

Sebagai pelaksanaan rintis, YaPEIM dan MTDC telah menggerakkan usaha itu dengan melibatkan usahawan terpilih dalam Program Pemecutan Perniagaan yang berobjektif membantu pembangunan usahawan berpotensi dan berdaya saing untuk berjaya meningkat ke tahap yang lebih baik.

Norhalim berkata Program Pemecutan Perniagaan turut menumpukan penyediaan bimbingan, bantuan teknikal serta khidmat nasihat kepada usahawan untuk merangka model perniagaan yang efektif dan realistik.

Ia juga menjadi platform untuk memberikan ilmu dan panduan dalam usaha membangunkan rancangan pengkomersialan produk dan inovasi syarikat yang terlibat, katanya.

Beliau berkata, sejumlah 80 syarikat terpilih dalam program kali ini membabitkan 160 peserta yang terdiri daripada individu berperanan penting atau teras utama dalam setiap syarikat berkenaan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri berkata pemeteraian MoU ini diharap dapat membantu usahawan meneruskan kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

“Kita mengharapkan YaPEIM dan MTDC dapat meneruskan kerjasama pada masa akan datang untuk membantu usahawan Melayu terutama daripada golongan Asnaf,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Pemandu, kelindan treler maut nahas di Lebuhraya KL-Karak
  • Perkhidmatan awam, keselamatan siber bolehkan kerajaan perluaskan perkhidmatan pintar

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.