Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • MySejahtera boleh diperluas sebagai pusat sehenti — Saifuddin
  • »
  • BERNAMA, Teknologi
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

MySejahtera boleh diperluas sebagai pusat sehenti — Saifuddin

 

KUALA LUMPUR, 7 April  — Aplikasi MySejahtera mampu diperluaskan penggunaannya kepada sektor e-dagang, pendidikan, perkhidmatan penghantaran, selain berfungsi sebagai pusat sehenti atau ‘Super App’, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia  Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata jika penggunaannya diperluaskan, aplikasi yang kini digunakan oleh hampir 25 juta rakyat Malaysia itu akan dapat menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu platform.

“Dengan ini, kami di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan meneruskan usaha membangunkan bukan sahaja infrastruktur telekomunikasi tetapi juga melipatgandakan penggunaan teknologi digital bagi merealisasikan aspirasi MyDigital untuk manfaat semua lapisan masyarakat ke arah Revolusi Industri 4.0 dan kemakmuran bersama,” katanya dalam kenyataan bersempena Hari Kesihatan Sedunia hari ini.

Beliau berkata MySejahtera telah membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menguruskan maklumat jangkitan, pengawasan penularan wabak serta pendaftaran suntikan vaksin secara waktu sebenar dan terkini.

“Penularan wabak COVID-19 mendorong keperluan untuk mengadaptasi kaedah digital dalam perkhidmatan kesihatan, yang mana antara inisiatif penting dan berkesan ialah dengan mewujudkan aplikasi MySejahtera,” katanya.

Mengenai Hari Kesihatan Sedunia, Saifuddin berkata hari tersebut yang disambut pada 7 April setiap tahun sejak 1948 bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan sejagat.

Beliau berkata tema sambutan tahun ini iaitu ‘Membina Dunia yang Lebih Adil dan Sihat’ bertujuan untuk menyeru supaya perkhidmatan kesihatan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kelas ekonomi, lokasi dan sebagainya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, KKM, KKMM, MOSTI, MySejahtera, tgk, twk

Editorial

  • Bekas kakitangan Imigresen disyaki buka laluan sindiket palsukan PLKS – Azam Baki
  • Lebih RM1 bilion disalurkan kepada rakyat Sabah – Perkeso

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.