Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Naik taraf jalan Temerloh-Bera wajar diteruskan ke sempadan Negeri Sembilan – MP
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

Naik taraf jalan Temerloh-Bera wajar diteruskan ke sempadan Negeri Sembilan – MP

BERA, 11 April — Projek naik taraf Jalan Temerloh-Bera yang siap baru-baru ini wajar diteruskan hingga ke sempadan Negeri Sembilan bagi menampung peningkatan penggunaan laluan itu, kata Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) berkata laluan itu merupakan alternatif kepada mereka dari Pantai Timur khususnya dari Pahang barat yang ingin ke selatan tanah air tanpa perlu memasuki Kuala Lumpur.

“Kita menganggarkan kos untuk menaik taraf laluan sejauh 23 kilometer (km) itu sekitar RM350 juta dan jika tidak dapat dibuat hingga ke sempadan Negeri Sembilan, kita harap kerajaan boleh mempertimbangkan pelaksanaannya hingga ke Kemayan (di Bera) bagi boleh menjimatkan kos.

“Laluan itu dilihat boleh mengurangkan kesesakan di lebuh raya ke Kuala Lumpur terutamanya di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong pada musim perayaan. Malah, jalan itu juga semakin diketahui orang awam menyebabkannya sibuk pada hujung minggu,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Menaik taraf Jalan Kampung Chuat ke Kampung Imam Sulong di Kampuang Chuat di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Ir Ahmad Azizi Ismail.

Mengulas mengenai jalan Kampung Chuat, Ismail Sabri berkata kerja naik taraf itu  melibatkan laluan sejauh 4.10 km dengan kos akhir RM3 juta yang dimulakan pada 14 Ogos 2019 dan siap 15 Dis tahun lalu, tiga bulan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

“Jalan ini memanfaatkan lebih 1,500 orang dari kawasan sekitar, terutamanya penduduk Kampung Chuat yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli, untuk ke kampung-kampung tradisional berhampiran, selain boleh ke bandar berdekatan untuk mendapatkan barang keperluan,” katanya.

Ismail Sabri berkata kerja naik taraf jalan juga dilaksanakan di dua lagi perkampungan Orang Asli di Bera dengan masing-masing melibatkan peruntukan berjumlah RM5 juta, iaitu di Kampung Serting yang telah siap manakala kerja-kerja di Kampung Bongkok dijadualkan bermula dalam masa terdekat.

“Ini menunjukkan kerajaan tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli dan saya sendiri telah meminta tok batin sekitar Bera untuk memastikan penduduk mereka tidak membuka kampung serpihan sewenang-wenangnya, ini bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • MOT saran agensi kerajaan duduk bersama selesai isu penjualan ekzos ubah suai
  • Operasi bazar Ramadan di Kelantan dibatalkan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.