Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Naza Eastern Motors lancar Suzuki Swift Sport
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Naza Eastern Motors lancar Suzuki Swift Sport

 

KUALA LUMPUR, 9 April  — Suzuki Swift Sport kembali ke pasaran Malaysia dan muncul model pertama generasi baharu Suzuki Cars yang dilancarkan di negara ini menerusi pengedar terbaharu, Naza Eastern Motors Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Automotive Corporation Sdn Bhd, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata pengenalan semula Suzuki menerusi kenderaan ‘hatchback’ ikonik popular itu mampu menarik pembeli menerusi ciri-ciri seperti paparan gaya serba agresif selain pemanduan serta pengendaliannya yang responsif.

“Suzuki Swift Sport yang diimport dari Jepun ini dilengkapi enjin ‘booosterjet’ 1.4 liter yang digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan menghasilkan kuasa kuda 140 dan tork 230 newton-meter daripada rpm 2,500.

“Kelebihan lainnya adalah platform generasi baharu Heartech yang memastikan keselamatan sekiranya berlaku pelanggaran menerusi kekuatan bahagian bawah badan yang diperkukuh,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Kenderaan itu ditawarkan dalam empat warna iaitu kuning Champion Yellow, putih Pearl Pure White, metalik biru Speedy Blue dan merah metalik Burning Red Pearl.

Mereka yang berminat melihat kenderaan Suzuki Swift Sport ini boleh mengunjungi pusat pameran, perkhidmatan dan alat ganti (3S) pertama Suzuki di Naza Automall, Petaling Jaya, Selangor.

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Hoki: Aksi persahabatan Great Britain, Jepun ukur kemampuan hadapi dua kejohanan Asia
  • Kerajaan perhalusi SOP melancong ke luar negeri

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.