August 18, 2022

Negara perlukan ‘ramuan’ politik baharu utamakan kepentingan rakyat – Rais Yatim

0 0
Read Time:1 Minute, 12 Second

SEREMBAN, 4 April  — Negara memerlukan ‘ramuan’ politik baharu yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan parti dan bukan berkonsepkan dominan seperti yang wujud sebelum ini, kata tokoh politik veteran Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata parti politik yang bersifat dominan boleh mewujudkan situasi ‘bahaya’ dalam perkembangan politik tanah air sehingga akhirnya boleh mengabaikan kepentingan rakyat.

“Bila dah dominan kita akan mendominasi, kita tidak boleh dominasi orang, yang boleh menguasai manusia ialah undang-undang, apa undang-undang kata kita ikut.

“Jadi, tidak perlu ada mana-mana parti dominasi walaupun ahlinya berjuta, sepatutnya lagi ramai ahli kita lagi akur, dan lagi hormat kepada undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Cawangan Seremban, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada mana-mana pihak boleh mendakwa parti mereka paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa dengan memperkecilkan peranan parti lain selain menyifatkan ia politik lama.

Dalam pada itu, Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara menyifatkan tindakan Muhyiddin yang sedang membangunkan satu gabungan besar parti politik merupakan gagasan keMalaysiaan yang sangat baik untuk diterima.

Ketua Bersatu Bahagian Jelebu itu juga berkata setiap pemimpin parti politik harus mempunyai perasaan sayang kepada negara dan menjelmakan idea yang menyatupadukan kaum di negara ini.

“Bersatu misalnya mempunyai sayap bukan Bumiputera, PAS pula ada sayap bukan Islam ini perkembangan baik jadi rakan-rakan Tionghoa, India dan sebagainya tak perlu susah hati melihat perkembangan sedemikian,” katanya.

Sumber : BERNAMA
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.