August 16, 2022

Nestle Malaysia buka kilang makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan di Shah Alam

0 0
Read Time:1 Minute, 19 Second

 

SHAH ALAM, 7 April  — Nestle Malaysia Bhd hari ini membuka kilang pembuatan penyelesaian makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan pertamanya di ASEAN bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap segmen makanan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Juan Aranols berkata Nestle telah melabur sebanyak RM150 juta untuk kemudahan di Kompleks Industri Shah Alam itu.

Menurutnya, kilang makanan berkeluasan kira-kira 6,000 meter persegi itu adalah satu daripada dua kilangnya di Asia selepas China, yang mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 8,000 tan.

“Kilang pengeluaran di Shah Alam ini membolehkan kami membekalkan produk makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kualiti tinggi, lazat dan disahkan halal.

“Pada masa yang sama, seperti yang berlaku di tempat lain di dunia, rakyat Malaysia semakin berminat mencari alternatif kepada pengambilan daging, sama ada atas sebab kesihatan atau pun pertimbangan alam sekitar,” katanya selepas majlis perasmian kilang itu, di sini, hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli merasmikan pelancaran kilang tersebut.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Nestlé (Malaysia) Bhd Tan Sri Syed Anwar Jamalullail.

Aranols berkata kilang baharu itu telah memulakan pengeluaran produk makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan terbaharunya Harvest Gourmet, awal tahun ini.

“Harvest Gourmet diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi seperti soya, gandum, ubi bit, lobak merah, delima dan blackcurrant, yang kesemuanya tidak mengandungi daging dan kaya dengan protein.

“Rangkaian produk termasuk patti Sensational Burger, Schnitzel, produk kepingan panggang dan kisar yang boleh diintegrasikan dengan mudah ke dalam resipi masakan di rumah,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.