Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Unit Nexgram rancang bangun komplek perubatan bernilai RM1.6 bilion di Melaka
  • »
  • Berita, Ekonomi
  • April 3, 2021
  • 0

Unit Nexgram rancang bangun komplek perubatan bernilai RM1.6 bilion di Melaka

KUALA LUMPUR, 2 April — Nexgram Biomedic Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Nexgram Holdings Bhd (Nexgram) merancang membangunkan kompleks perubatan di Melaka dengan cadangan nilai pembangunan kasar RM1.6 bilion.

Syarikat itu hari ini memeterai memorandum persefahaman dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk membeli 10.02 hektar tanah di Bukit Baru yang diperuntukkan bagi pembangunan projek Melaka Lifecare Specialist.

Projek pembangunan bercampur itu akan terdiri daripada antara lainnya sebuah bangunan hospital, unit pejabat kecil pejabat rumah (SoHo), pusat kecergasan, pusat penyelidikan biosains dan sebuah hotel tiga bintang dan kondotel, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kompleks perubatan itu dijangka dapat menampung keperluan penjagaan kesihatan rantau Asia yang lebih meluas.

“Inisiatif kerjasama awam-swasta ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan menggalakkan pelabur berasaskan teknologi yang akan dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan tahap kapasiti serta keupayaan rakyat Malaysia,” kata syarikat tersenarai di Pasaran ACE itu.

Pembangunan bercampur itu dijangka memberi sumbangan positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Melaka, pekerjaan dan kebajikan sosial dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Pengumuman lanjut berkaitan cadangan penjualan dan pembelian itu akan dibuat dalam masa terdekat, sebaik sahaja butiran terperinci terma dan syarat telah dimuktamadkan,” kata Nexgram.

Nexgram Biomedic adalah syarikat bioteknologi yang ditubuhkan khusus untuk membangunkan peralatan perubatan baharu, ubatan dan teknologi sebagai menyokong inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan.

 Sumber : BERNAMA
Tags: ACE, Bursa, fbk, Nexgram, PKNM, SoHo, twk

Editorial

  • Sakit mata lihat pantai kotor, ‘Geng Plastik Ija’ kutip sampah setiap minggu
  • Niaga hadapan emas dijangka tidak berubah minggu depan

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.