Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Alam Sekitar
  • »
  • NGO, media massa digesa bantu jayakan kempen tanam 100 juta pokok
  • »
  • Alam Sekitar, BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

NGO, media massa digesa bantu jayakan kempen tanam 100 juta pokok

KANGAR, 11 April — Semua pihak termasuk kelab media massa, badan bukan kerajaan dan syarikat swasta digesa agar membantu kerajaan menjayakan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata peranan media massa khususnya, amat penting dalam menggalakkan penglibatan orang ramai terlibat dalam usaha murni itu.

“Sebagai penaung Persatuan Wartawan Perlis (PWP),  saya  amat berharap agar para wartawan khususnya di negeri Perlis dan seluruh Malaysia umumnya untuk bersama-sama memainkan peranan menyokong kempen penghijauan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bersama PWP dan Pengakap di Hutan Simpan Bukit Bintang dekat sini hari ini.

Sebanyak 1,000 batang pokok spesies meranti temak nipis ditanam pada program hari ini.

“Di Perlis sahaja kita akan tanam dalam lebih kurang 200,000 pokok dan diharap usaha ini akan mendapat sokongan semua pihak,” kata Zahidi.

Pada program itu, Jabatan Penerangan Perlis turut membuka kaunter bagi memberi maklumat kepada orang ramai tentang COVID-19, khususnya mengenai pendaftaran untuk pengambilan vaksin.

Menurut Pengarahnya Azrul Hassan, hingga hari ini pihaknya berjaya mendaftarkan lebih 300 orang awam bagi menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • MAIK lantik pegawai penjarakan fizikal di pejabat, masjid
  • JHEAIK kenal pasti 71 ‘port’ kaki ponteng puasa di Kedah

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.