Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • NUTP buat laporan polis berhubung dakwaan wujud isu perkauman
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 11, 2021
  • 0

NUTP buat laporan polis berhubung dakwaan wujud isu perkauman

KUALA LUMPUR, 10 April — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) hari ini membuat laporan polis mengenai dakwaan wujud isu perkauman di dalam kesatuan itu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Presiden NUTP Aminuddin Awang bersama wakil guru NUTP dari seluruh negara hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini bagi membuat laporan polis berkenaan.

NUTP mendapati tohmahan mengenai isu perkauman di dalam organisasi itu tersebar sejak Februari lepas dan kemudian tular secara berleluasa ke laman-laman Facebook.

Aminuddin berkata kepada para wartawan sebaik laporan polis itu selesai dibuat  bahawa NUTP menafikan kewujudan isu perkauman di dalam organisasi itu seperti yang ditularkan di media sosial. 

Beliau juga berkata isu yang sedang tular itu boleh menimbulkan sentimen perkauman di negara ini malah turut akan memberikan persepsi negatif kepada kesatuan yang mewakili guru-guru di seluruh negara itu.

“Jadi saya rasa kita membuat laporan ini untuk menepis dakwaan tersebut dan kita mengharapkan agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan seterusnya dapat membawa mereka yang mewujudkan isu perkauman di negara ini ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata ada pihak yang membangkitkan isu bagaimana kononnya NUTP dikuasai oleh kaum tertentu sedangkan NUTP majoritinya dianggotai guru-guru Melayu seperti yang tersebar di media sosial.

Aminuddin berkata beliau sendiri tidak mengetahui siapa dalang di sebalik isu yang sedang tular itu dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan NUTP.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • GP Malaysia: Atlet Johor cipta kejutan ungguli 100m lelaki
  • Tiada campur tangan politik dalam siasatan SPRM – Azam Baki

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.