ORKES KERONCONG BANDAR PENGGARAM

ORKES KERONCONG BANDAR PENGGARAM

Muzik keroncong adalah sebuah muzik klasik dan telah muncul pelbagai variasi pada hari ini. Muzik keroncong pada hari ini telah menjadi pilihan dan tidak asing lagi dalam pemilihan genre. Ramai anak muda yang bermain muzik keroncong di Johor, ada antaranya Orkes Terang Bulan dari Kulai dan beberapa lagi kumpulan sama ada secara aktif di industri maupun aktif di majlis-majlis rasmi.

Di Batu Pahat juga ada sebuah kumpulan muzik keroncong, Orkes Keroncong Bandar Penggaram yang terdiri daripada artis berbakat dan berpengalaman. Mereka sering bermain di jemputan-jemputan awam, majlis perkahwinan, majlis-majlis besar dengan versi mereka tersendiri. Orkes Keroncong Bandar Penggaram juga menyertai Persatuan Aktivis & Muzik Batu Pahat bergerak secara komuniti. Pada tempoh kita di kuarantin akibat covid, mereka juga ada buat siaran langsung dan aktif di sosial media.

Ahli-ahli yang terdiri seramai 8 orang, vokal – Nana, cuk – Bromex, cak – Ejan, cello – Adeputra, dub bass – Mohd Nazri, gitar – Hafiz, keyboard dan strings – Theberiani, clarinet – Putra Budiman.

Keroncong adalah musik pengaruh asal Indonesia. Pada akhir abad ke 19, ia mula menyerap masuk ke dalam Tanah Melayu ketika ramai pekerja dari Pulau Jawa berhijrah mencari pekerjaan. Dalam masa yang sama tidak lupa juga membawa masuk seni muzik gamelan, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulon dan lain-lain serta budaya masyarakatnya. Kawasan-kawasan di Malaysia yang terdapat kegiatan muzik keroncong kebanyakkan ramainya penduduk orang Jawa seperti di Johor, pantai barat Selangor dan Perak.

Pastinya disitu akan terkenal dengan budaya-budaya masyarakat Jawa yang populor. Setelah mereka berada lama di Malaysia sehingga hari ini, sudah tentu ia bercampur dengan elemen setempat. Sebagai contoh budaya berkahwin orang jawa yang telah bercampur adat dan keutamaan setempat. Begitu juga muzik keroncong pada hari ini.

Pada 8 Januari 2022, Alir Cahaya akan merasmikan program instalasi seni, The Light Project, di Terminal Batu Pahat, 8 malam. Orkes Keroncong Bandar Penggaram, 7SDRA, Manje Busker, The Town Board juga akan menjadi artis jemputan istimewa pada hari tersebut. Selain bertujuan program seni bersama Alir Cahaya, bekerjasama dengan bakat lokal juga adalah menjadi tujuan penting dari sejak asalnya.

Dari masyarakat kepada masyarakat!

Dimana yang ada di sekitar Batu Pahat dan terdekat, jemputlah hadir, melalui nafas yang baru bersama kreativiti anak watan di tahun baru, kematangan yang baru, 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *