WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.
WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”
WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”
OPEN MIC @ ALIR CAHAYA BATU PAHAT 2021/22
Bertempat Di Tapak Pameran Utama, Terminal Bas Ekspres Batu Pahat Johor.
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR.
Di Batu Pahat juga ada sebuah kumpulan muzik keroncong, Orkes Keroncong Bandar Penggaram yang terdiri daripada artis berbakat dan berpengalaman. Mereka sering bermain di jemputan-jemputan awam, majlis perkahwinan, majlis-majlis besar dengan versi mereka tersendiri. Orkes Keroncong Bandar Penggaram juga menyertai Persatuan Aktivis & Muzik Batu Pahat bergerak secara komuniti. Pada tempoh kita di kuarantin akibat covid, mereka juga ada buat siaran langsung dan aktif di sosial media.
Aliran cahaya yang dimasukkan adalah perlambangan kepada Semangat dan Harapan. Cahaya yang menerangi pandangan sentiasa mengamankan hati manusia untuk merasa selamat, atau setidaknya bertindak tanpa was-was. Menghampirkan manusia kepada kebenaran dan menutup kepalsuan-kepalsuan yang ada.
Salam 2022.
Semangat Dan Harapan!
Berikutan program Alir Cahaya, Majlis telah bersetuju untuk memberikan lokasi iaitu di Terminal Bas Batu Pahat dengan bantuan sokongan dari pihak lain, tetapi ketika kerja-kerja produksi hendak dilakukan, masa itu lah bahawa mereka tahu, lokasi itu masih dibawah penyelenggaraan dan tidak sepenuhnya lengkap. Apakah pihak Majlis tidak serius dalam soal keselamatan awam? Mujur masih dalam kerja-kerja produksi, memang kerjanya memastikan dan mengambil kira status lokasi. Jadi, ketika mereka memberi sebuah lokasi, adakah mereka fikir, pihak Alir Cahaya mahu bermain “pondok-pondok”?
Berkaitan The Light Project, Art In The City, sebanyak lima buah negeri yang terlibat, antaranya di Ipoh Perak – “STAR/KL” yang telah dilancarkan pada 26 Nov 2021, Seberang Perai Peneng, Kuching Sarawak, Melaka dan Batu Pahat Johor. Untuk makluman semua, Alir Cahaya akan dirasmikan pada 31 Dis 2021, Jumaat, malam tahun baru 2022.
Buat saya eko-teologi tidak hanya membuka perbahasan akademik tetapi juga menambah khazanah strategi untuk menyelamatkan persekitaran. Eko-teologi dapat difungsikan untuk menyemai harapan membaiki ekologis, menyahkan barbarisme (perbuatan yang tidak beradab) ekologi kerana agama selalu menekankan pada pembaikan akhlak manusia, dan meenguatkan perjuangan ekologis.
Kalau menjadi agamawan itu tidak ada ilmu sosiologi, tidak ada ilmu politik, penakut dan bodoh, apa perlu gelaran ustaz? apa perlu pandangan? apa perlu kuliah-kuliah yang melibatkan keterdesakkan orang miskin? Dan sebab itulah agama itu mundur. Kesusahan, bala bencana, kemiskinan bukan “ujian tuhan”, tetapi datang dari masalah sistem, masalah kemasyarakatan, masalah korupsi. Begitu mudah mereka katakan ini ujian dan suruh bersabar, menanti peluangnya di akhirat. Itu bukan jawapan, ini pembodohan.
Bantuan rawatan tanpa ubatan, khususnya mental atau spiritual, juga sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, mambangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan dan menguruskan jati diri.
Dengan kaedah terapi ini, membantu individu fokus atau memberi tumpuan pada kerja seninya. Proses ini dengan perlahan-lahan akan membantu individu mengawal kecelaruan dalam diri. Dalam proses ini, akan dapat melihat sikap individu itu dan membantu doktor atau perawat menilai kecenderungan setiap individu.
Secara ringkasnya, masyarakat memahami seni dekorasi adalah sebuah seni yang mengikut citarasa dan kesesuaian suatu sudut, ruang atau seumpamanya untuk menghasilkan susunan, corak dan konsep yang mereka bayangkan. Arkitektur adalah bagaimana mahu mendirikan sebuah bangunan dengan pattern dan coraknya dan dekorasi adalah bagaimana mahu menghiasi ruangan bangunan yang ada.