Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • PAU 2020 tidak nyatakan menteri UMNO kena letak jawatan serta merta
  • »
  • Berita
  • March 31, 2021
  • 0

PAU 2020 tidak nyatakan menteri UMNO kena letak jawatan serta merta

PUTRAJAYA, 31 Mac — Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), tidak menyatakan keperluan untuk menteri daripada UMNO meletak jawatan serta merta dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, menteri-menteri daripada UMNO mempunyai tugasan yang perlu digalas serta keutamaan, dan ‘bergelumang’ dalam perjuangan untuk rakyat, termasuk dalam program imunisasi COVID-19, kesihatan dan isu belia.

“Kalau kami abaikan tanggungjawab, parti (UMNO) yang akan dapat nama buruk, mereka akan mengatakan menteri UMNO tidak menjalankan tanggungjawab.”

 

“Kalau kami abaikan tanggungjawab, parti (UMNO) yang akan dapat nama buruk, mereka akan mengatakan menteri UMNO tidak menjalankan tanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC), di sini, hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, semua menteri daripada UMNO akan terus kekal dalam Kabinet kerajaan PN, setelah kesepakatan itu dicapai dalam pertemuannya dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin, yang meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam Kabinet.

Pada Ahad lalu, PAU 2020 meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kebersamaan dalam kerajaan PN diteruskan, hingga pembubaran Parlimen

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada majlis berasingan berkata, beliau akan terus fokus untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam kerajaan, selagi UMNO belum membuat apa-apa keputusan berhubung ahli yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN.

“Pendirian kita terikat kepada keputusan parti (UMNO), selagi parti tidak buat apa-apa keputusan, jadi kita terus fokus tugas kita dalam kerajaan,” katanya selepas pelancaran kolaborasi korporat bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini.

Khairy adalah Menteri Penyelaras program immunisasi berkenaan.

Sumbern : BERNAMA

Editorial

  • UMNO perlu akur menterinya terus berkhidmat dalam kerajaan PN
  • Dua syarikat berkaitan makanan diserbu perihal dagangan palsu halal, M.C

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.