Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • PDRM akan panggil Ahmad Zahid, Anwar Ibrahim – KPN
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

PDRM akan panggil Ahmad Zahid, Anwar Ibrahim – KPN

 

KLANG, 10 April  — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merekodkan keterangan berhubung rakaman perbualan audio yang dikaitkan dengan kedua-dua mereka, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ia adalah tindakan yang perlu diambil; dan apabila tiba masa yang sesuai, pegawai penyiasat akan merakamkan kenyataan kedua-dua mereka.

“Sekiranya mereka merasakan diri mereka teraniaya atau difitnah, mereka boleh tampil untuk membuat aduan, kertas siasatan dijalankan melalui sudut ini,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor, di Tapak Padang Surau An-Nur di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya terdapat banyak laporan mengenai perkara itu dibuat oleh orang ramai kerana merasa tertekan, cemas dan gempar, maka pihak polis mempunyai sebab untuk membuka kertas siasatan dan menyiasat perkara itu.

Katanya kertas siasatan telah pun dibuka berkenaan rakaman berkenaan, dan rakaman audio telah dihantar ke makmal forensik untuk mengesahkan kesahihannya.

Rakaman audio perbualan di antara dua individu yang dikatakan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tersebar itu telah tersebar dengan meluas di media sosial dan blog, didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini.

Sementara itu Abdul Hamid berkata beliau tidak dapat memberikan tempoh berapa lama masa akan diambil untuk analisis rakaman audio berkenaan.

“Dalam apa juga kes kita cuba dapatkan penyelesaian yang cepat agar siasatan itu disegerakan,” katanya.

“Hasil analisa akan diangkat kepada Jabatan Peguam Negara,” tambahnya.

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Wujudkan akademi politik latih wakil rakyat – Rais Yatim
  • Gempa kuat 6.7 skala richter di Jawa Timur

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.