Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pendidikan
  • »
  • 259 pelajar sekolah menengah di Kelantan positif COVID-19 dalam tempoh dua minggu
  • »
  • BERNAMA, Pendidikan
  • April 20, 2021April 20, 2021
  • 0

259 pelajar sekolah menengah di Kelantan positif COVID-19 dalam tempoh dua minggu

KOTA BHARU, 20 April — Seramai 56 peratus atau 259  daripada 464 individu yang dikesan positif COVID-19 di Kelantan adalah pelajar sekolah menengah, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata jumlah selebihnya adalah guru, kakitangan sekolah, murid sekolah rendah, kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun dan individu lain berusia lebih 19 tahun.

Angka itu berdasarkan ujian COVID-19 yang dilakukan dalam tempoh dua minggu iaitu antara 3 hingga 16 April lepas, katanya.

“Seramai 111 orang (24 peratus) yang dikesan positif adalah  murid sekolah rendah berumur antara tujuh hingga 12 tahun,” jelas Dr. Zaini lagi.

“Bagi kanak-kanak berusia kurang daripada tujuh tahun, ada seramai lapan orang (dua peratus) serta 86 orang (19 peratus) pula adalah individu berusia lebih 19 tahun (termasuk guru dan kakitangan sekolah).

“Daripada 464 kes itu daerah Kota Bharu mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 189 kes positif diikuti Tumpat (113), Tanah Merah (55), Pasir (36), Machang (20), Bachok (17), Pasir Puteh (15), Kuala Krai (8), Jeli (7) dan Gua Musang (4),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata hasil kajian yang dilakukan mendapati jangkitan pantas yang berlaku di sekolah disebabkan pelbagai faktor antaranya ia mudah tersebar terutamanya di asrama.

“Pihak sekolah juga dilihat ada yang masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan,” tambahnya lagi.

Pihak JKNK menjangkakan kes positif COVID-19 pada minggu ini berkemungkinan mencecah antara 200 hingga 300 kes sehari, berdasarkan situasi semasa di negeri ini termasuk kewujudan kluster baharu,

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Jabatan Meteorologi keluar nasihat taufan SURIGAE
  • 20 tahun terkurung, Che Sabri teruja sambut Ramadan di luar tirai besi

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.