Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Pelan tindakan Uzbekistan membuahkan hasil positif
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Pelan tindakan Uzbekistan membuahkan hasil positif

 

KUALA LUMPUR, 7 April  — Pelan Tindakan 2017-2021 Uzbekistan yang diperkenalkan untuk memperkukuh kedaulatan undang-undang, reformasi sistem kehakiman dan perundangan, melindungi hak rakyat serta memerangi rasuah memperlihatkan hasil positif.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Strategi Pembangunan Uzbekistan, Eldor Tulyakov dan ketua jabatan Nilufar Nodirkhonova, pada 2020 Uzbekistan melaksanakan usaha berskala besar untuk memastikan 10 aspek dalam pelan tindakan itu dicapai.

Antara pencapaian di bawah pelan tindakan berkenaan ialah seramai 50 ribu orang tanpa kewarganegaraan yang tinggal di negara itu sudah diberi kerakyatan, memetik kenyataan Kedutaan Uzbekistan di Malaysia.

Pencapaian penting lain termasuk pembaharuan dalam undang-undang yang telah memperkemas lagi sistem kehakiman.

Usaha itu termasuk menyediakan latihan perundangan lebih baik untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan lebih berkualiti.

Di bawah aspek memerangi rasuah pula, agensi bebas yang dibentuk terus memperkasa usaha membanteras jenayah ini selain turut berperanan mewujudkan dan melaksana dasar-dasar berkaitan.

Antara tugas utama agensi itu ialah membuat analisis mendalam mengenai tahap rasuah dan mencari jalan untuk mengatasinya.

Bersama institusi masyarakat awam, agensi itu akan mewujudkan Indeks Persepsi Rasuah Negara, yang menilai kesalahan rasuah di wilayah, sektor ekonomi dan bidang lain.

Pembaharuan di bawah pelan tindakan itu dipantau ketat oleh agensi penarafan antarabangsa.

Menurut indeks The Rule of Law, Uzbekistan menduduki tempat ke-94 dari 128 negara pada 2019 dan naik ke kedudukan 92 pada 2020.

Daripada segi petunjuk “Order and Security”, Uzbekistan mencatatkan keputusan terbaik, iaitu di tempat kesembilan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Iran, tgk, twk

Editorial

  • Kastam Terengganu rampas rokok seludup bernilai hampir RM100,000
  • Pengajian TVET pilihan sesuai untuk pelajar – Muhyiddin

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.