Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Peluang akhir atlet terjun negara buru slot ke Olimpik Mei ini
  • »
  • BERNAMA, Sukan
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Peluang akhir atlet terjun negara buru slot ke Olimpik Mei ini

 

KUALA LUMPUR,10 April  — Atlet terjun negara mempunyai peluang terakhir untuk memburu tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada kejohanan terjun Piala Dunia 2021 yang akan berlangsung di Tokyo, 1-6 Mei ini.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Renang Malaysia (MS) Mae Chen yakin atlet terjun negara mampu meraih slot tambahan ke temasya sukan berprestij berkenaan pada kejohanan kali ini.

“Saya harap tiada lagi perubahan dan kejohanan itu akan berlangsung. Kami mengadakan percubaan pada dua hari lepas dan gembira melihat skuad terjun negara dalam keadaan sangat bersemangat,” katanya menerusi rakaman audio hari ini.

Kejohanan Piala Dunia sebelum ini dijadualkan berlangsung di Tokyo pada 18-23 April itu bagaimanapun dibatalkan atas sebab keselamatan berikutan pandemik COVID-19.

Kejohanan Terjun Piala Dunia adalah platform kelayakan terakhir untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atlet terjun yang mengintai peluang untuk layak ke Olimpik pada kejohanan kali ini adalah Cheong Jun Hoong, Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang manakala atlet terjun lain seperti Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee yang telah layak, turut menyertai kejohanan itu.

Untuk rekod, Malaysia meraih pingat perak menerusi gandingan Pandelela-Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama wanita pada Sukan Olimpik Rio 2016.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Projek naik taraf jalan Sapulut – pekan Pagalungan dimulakan tahun ini – Arthur
  • Ambil berat keperluan OKU, titah Raja Permaisuri Agong

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.