Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pemandu treler terjunam dalam tasik ditemukan lemas
  • »
  • Berita, BERNAMA
  • April 23, 2021April 23, 2021
  • 0

Pemandu treler terjunam dalam tasik ditemukan lemas

GUA MUSANG, 23 APRIL — Pemandu treler yang terjunam ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Gua Musang-Lojing, petang semalam, ditemukan mati lemas tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata Kamarulzaman Sallehuddin, 33, dari Padang Rengas, Perak ditemukan tersepit di dalam treler yang membawa muatan balak itu, selepas treler itu diangkat naik ke darat menggunakan dua kren, pukul 12.30 tengah hari tadi.

Beliau berkata kemalangan semalam berlaku semasa Kamarulzaman dikatakan sedang dalam perjalanan membawa kira-kira 50 batang balak ke pusat timbang balak di Kampung Kuala Betis.

“Operasi mencari dan menyelamat telah bermula sejak petang semalam namun dia gagal ditemui kerana tasik itu dalam, selain halangan kayu balak yang masih berada di kawasan treler yang terbalik,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

“Pagi tadi, dua kren digunakan untuk mengangkat bahagian kepala treler yang berada di dalam tasik itu, sebelum mayat ditemukan di dalam kenderaan itu, dan berjaya dikeluarkan pada pukul 2.30 petang tadi,” tambahnya.

Sik berkata mayat telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Waspada helah, penipuan perbankan internet – MCMC
  • Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS – SPRM N.Sembilan

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.