Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Pembinaan Kompleks Silat Negara perlu diteruskan – Presiden Pesaka
  • »
  • BERNAMA, Sukan
  • April 13, 2021April 13, 2021
  • 0

Pembinaan Kompleks Silat Negara perlu diteruskan – Presiden Pesaka

KUALA LUMPUR, 13 April — Pembinaan Kompleks Silat Negara dilaporkan bernilai RM160 juta yang sudah diluluskan sebelum ini perlu diteruskan demi mewujudkan sebuah mercu tanda melambangkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.

Kompleks yang lokasinya sudah dikenal pasti di tengah-tengah ibu negara itu dilihat sebagai kesinambungan terbaik selepas  Pertubuhan Pendidikan, Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf silat sebagai warisan negara pada 2019.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang disahkan menduduki kerusi nombor satu badan induk itu baru-baru ini, berkata langkah menggerakkan usaha tersebut akan dilakukan dengan segera.

“Silat merupakan intangible cultural heritage (warisan budaya tidak ketara) milik Malaysia, jadi sebab itu kalau kita ingin memastikan supaya ini (pengiktirafan) dapat dipertahankan kita mesti ada satu simbol.

“Maksudnya, kita perlukan satu tempat supaya orang (pelancong) yang datang untuk melihat silat, Malaysia ada tempat untuk mereka saksikan apa itu seni silat sebenarnya, kerana itu pembinaan kompleks amat penting untuk memperlihatkan inilah mercu tanda silat negara,” katanya kepada Bernama.

Pembinaan Kompleks Silat Negara yang tertangguh itu merupakan antara tindakan segera bakal diambil dan misi utama Megat Zulkarnain yang dipilih sebulat suara oleh 20 ahli gabungan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pesaka, Ahad lepas.

Jelasnya, selepas pelbagai pengiktirafan diberikan terhadap seni mempertahankan diri masyarakat Melayu itu, hanya dengan pembinaan Kompleks Silat Negara akan melengkapkan impian setiap daripada anak silat di seluruh negara untuk memiliki ‘gelanggang silat’ yang boleh dibanggakan.

“Jangan hanya bagi pengiktirafan tetapi tidak bagi apa-apa, kita tidak minta duit cuma minta supaya proses pembinaan itu dijalankan dengan cepat. Paling penting, mercu tanda silat dapat kita angkat sesuai dengan pengiktirafan yang diberikan,” katanya.

Pada 2019, mesyuarat jawatankuasa UNESCO di Bogota, Colombia yang dihadiri 24 ahli negara anggota terpilih mengiktiraf silat sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan ketiga Malaysia selepas mak yong (2008) dan dondang sayang pada 2018.

Sebagai rekod, di Indonesia sebuah kompleks – Padepokan Pencak Silat TMII (Taman Mini Indonesia Indah) menjadi lokasi kepada pelbagai penganjuran acara pencak silat di negara itu, selain disebabkan keluasannya ia dipilih menjadi venue bagi acara pencak silat temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • Kelantan peruntuk RM1.5 juta bantu peniaga terkesan pembatalan bazar Ramadan
  • YPU tawar pembiayaan sehingga RM3,000 kepada penjaja & peniaga Bazar Ramadan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.