Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pembinaan MRT3 dijangka bermula separuh kedua tahun ini
  • »
  • Berita
  • April 3, 2021
  • 0

Pembinaan MRT3 dijangka bermula separuh kedua tahun ini

SUNGAI BULOH, 3 April — Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) yang ditangguhkan oleh kerajaan terdahulu akan dimulakan pada separuh kedua tahun ini.

Sehubungan itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya telah memberi tempoh tiga bulan kepada Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) untuk melakukan kajian pelaksanaan projek berkenaan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek MRT3 dan MRT Corp diberi tempoh selama tiga bulan untuk mengemas kini kajian melibatkan jajaran dan kos projek ini,” katanya

 

“Dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek MRT3 dan MRT Corp diberi tempoh selama tiga bulan untuk mengemas kini kajian melibatkan jajaran dan kos projek ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan ketersediaan operasi MRT laluan Putrajaya fasa satu dari Stesen MRT Sri Damansara Sentral ke Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur sepanjang 17.5 kilometer.

 Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Abd Rahim Bakri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak.

Menurut Wee kos projek berkenaan kelak akan diputuskan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MRT Corp dan memberi jaminan kerajaan akan membuat pilihan yang paling menguntungkan dan memanfaatkan rakyat.

Pada 2018, Menteri Pengangkutan ketika itu Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata MRT3 ditangguhkan untuk mengurangkan bebanan hutang kerajaan.

Sumber Foto : Berita Harian

Mengulas mengenai MRT Laluan Putrajaya, Wee berkata projek berkenaan kini 97 peratus siap dan dijangka akan memulakan operasinya pada Ogos depan.

Tambahnya baki tiga peratus projek laluan sepanjang 17.5 kilometer itu kini hanya melibatkan aktiviti pengujian dan pentauliahan sistem mekanikal dan elektrik serta operasi percubaan.

“Operasi percubaan akan melibatkan bahagian laluan yang akan beroperasi tanpa membawa penumpang,” katanya.

Tambah Wee lagi fasa kedua melibatkan baki laluan antara Kampung Batu ke Putrajaya yang sedang berjalan kini di peringkat 87 peratus siap dan dijangka memulakan operasi pada Jan 2023.

Kos keseluruhan pembinaan MRT Laluan Putrajaya ialah RM30.53 bilion.

 Sumber : BERNAMA
Tags: fbk, MRT, MRT3, twk

Editorial

  • Kerajaan tidak cadang tangguh pemberian vaksin COVID AstraZeneca
  • Program Ladang Kontrak: MAFI sasar jualan RM60 juta tahun ini

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.