Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pemuda PN tolak budaya politik dominasi, semai perpecahan
  • »
  • Berita
  • April 6, 2021
  • 0

Pemuda PN tolak budaya politik dominasi, semai perpecahan

KUALA LUMPUR, 6 April — Pemuda Perikatan Nasional (PN) bertegas menolak budaya politik dominasi yang menyemai bibit perpecahan, melahirkan kepimpinan yang rasuah, salah guna kuasa dan kleptokrat.

“Kita yakin melalui pengalaman demokrasi negara selama tujuh dekad, Malaysia mampu mengorak langkah untuk menghasilkan sintesis politik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara untuk membangun bangsa Malaysia yang dinamik dan bersatu padu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Penerangannya Muhammad Hilman Idham berkata ia selaras dengan komitmen PN untuk melakukan penjernihan demokrasi melalui penerapan nilai-nilai murni dalam politik.

“Kita yakin melalui pengalaman demokrasi negara selama tujuh dekad, Malaysia mampu mengorak langkah untuk menghasilkan sintesis politik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara untuk membangun bangsa Malaysia yang dinamik dan bersatu padu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Pemuda PN juga menyambut baik seruan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersatu dan bersama tawaran baharu PN.

Pada masa yang sama, sayap tersebut juga mengalu-alukan pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan MIC yang mendukung kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PN.

“Sesungguhnya, keyakinan ketiga-tiga parti bahawa kestabilan politik adalah kunci utama menjamin kepentingan rakyat dan kemakmuran negara adalah selaras aspirasi PN.

“Demokrasi yang unggul menuntut parti politik memaknai pengertian demokrasi sebagai wahana memperkukuh perpaduan dan meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya yang turut menyeru rakyat memperkukuh perpaduan khususnya tatkala mendepani krisis COVID-19.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Niaga hadapan emas dibuka tanpa didagangkan
  • Kejayaan China basmi kemiskinan lakar sejarah

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.