Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Penemuan telaga minyak bakal pacu pembangunan Mukah — Abang Johari
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

Penemuan telaga minyak bakal pacu pembangunan Mukah — Abang Johari

MUKAH, 11 April — Kejayaan Petroleum Nasional Bhd (Petronas) menemui telaga minyak dan gas baharu di perairan cetek Balingian baru-baru ini, bakal menyuntik impak positif yang tidak hanya meliputi daerah kecil, malah di Bahagian Mukah.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sejajar dengan jaluran minyak dan gas dari kawasan Balingian ke Miri, terdapat kemungkinan pangkalan operasi baharu diwujudkan di Mukah yang sekali gus berupaya memacu pembangunan di kawasan berkenaan.

“Masih terlalu awal untuk kita menyatakannya tetapi kita akan melihat bagaimana operasi Petronas (selepas penemuan itu). Apa yang penting, kita telah pun melaksanakan pembangunan asas prasarana di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan kemudahan medan selera Metading oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) kepada Majlis Daerah Dalat dan Mukah di sini, pada Ahad.

Pada 30 Mac lepas, Petronas mengumumkan penemuan minyak dan baharu di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1 dalam Blok SK405B Perkongsian Pengeluaran (PSC) di perairan cetek wilayah Balingian, 237 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.

Telaga ‘wildcat’ merujuk kepada belum terbukti kewujudan minyak atau dieksploitasi sepenuhnya dan tiada rekod pengeluaran kukuh atau dieksploitasi sepenuhnya sebelum ini sebagai tapak pengeluaran minyak dan gas.

Malah, telaga cari gali Sirung-1 itu berjaya digerudi sehingga mencecah kedalaman 2,538 meter pada Februari 2021.

Penemuan ruang minyak dan gas penting ini iaitu melebihi 100 meter dalam takungan batu pasir  Oligosen hingga Pertengahan Miosen, mengesahkan lagi potensi wilayah Balingian dengan prospek baki yang masih belum diterokai.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata kawasan Metading akan menjadi tumpuan pembangunan baharu bagi Bahagian Mukah.

Menurutnya, selain medan selera baharu itu, sebuah kemudahan ‘tamu’ atau pasar terbuka juga dirancang bagi kawasan tersebut yang akan dilaksanakan oleh LCDA.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • JHEAIK kenal pasti 71 ‘port’ kaki ponteng puasa di Kedah
  • Ericsson mampu lahirkan tenaga kerja mahir 5G untuk Malaysia

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.