Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Penerima vaksin COVID-19 perlu sahkan janji temu dalam tempoh 48 jam
  • »
  • BERNAMA
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

Penerima vaksin COVID-19 perlu sahkan janji temu dalam tempoh 48 jam

PUTRAJAYA, 9 April — Penerima vaksin COVID-19 diingatkan supaya mengesahkan kehadiran janji temu dalam tempoh 48 jam selepas menerima butiran dan tarikh untuk divaksin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan COVID-19 Immunisation Task Force (CITF), kegagalan memberikan pengesahan akan menyebabkan janji temu dibatalkan dan dijadualkan semula serta slot untuk janji temu tersebut diberikan kepada orang lain.

“Ini akan memastikan perancangan di pusat vaksinasi dan pengedaran vaksin dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Sekiranya mereka mengesahkan untuk hadir bagi janji temu vaksinasi, peringatan akan kehadiran mereka untuk hari yang telah ditetapkan akan dihantar tiga dan sehari sebelum tarikh vaksinasi,” menurut CITF hari ini.

Menurut kenyataan itu, proses notifikasi untuk penerima vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu aplikasi MySejahtera dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

CITF menyatakan notifikasi itu akan diberikan kepada mereka yang telah berdaftar atau yang telah didaftarkan oleh tangunggan masing-masing.

“Untuk pengguna MySejahtera, satu notifikasi diberikan yang memaklumkan mereka untuk menyemak butiran janji temu di aplikasi MySejahtera dan pada masa yang sama, mereka juga akan menerima SMS untuk menyemak butiran janji temu di MySejahtera.

“Mereka diminta mengesahkan kehadiran janji temu vaksinasi dalam tempoh 48 jam melalui aplikasi MySejahtera. Apabila hampir tamat tempoh 48 jam tersebut, peringatan untuk mengesahkan janji temu juga akan dihantar sekiranya jawapan masih belum diberi,” menurut kenyataan itu.

Bagi mereka yang tidak mendaftar melalui MySejahtera, butiran janji temu akan dihantar melalui SMS dan penerima akan dimaklumkan mengenai saluran untuk membuat semakan tarikh janji temu seperti di laman web dan sebagainya.

“Mereka juga diingatkan supaya mengesahkan kehadiran janji temu dengan membalas YA atau TIDAK,” menurut CITF.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang tidak menerima sebarang notifikasi melalui SMS atau MySejahtera bermaksud giliran mereka untuk divaksinasi masih belum tiba.

Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula 19 April, menyasarkan golongan berisiko seperti warga emas, individu yang mempunyai sejarah penyakit (komorbiditi) dan Orang Kurang Upaya.

Maklumat janji temu telah mula dihantar kepada mereka yang terpilih bermula Isnin lepas (5 April).

Orang ramai yang mempunyai sebarang isu mengenai pengesahan janji temu bagi fasa kedua boleh menghubungi talian 1800-888-828.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: COVID, fbk, tgk, twk

Editorial2

  • MAFI komited ‘meremajakan’ sektor pertanian
  • Keputusan terus guna vaksin AstraZeneca ditentukan dua minggu lagi – Khairy

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.