Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Peneroka Ladang Tennamaram minta kerajaan negeri selesaikan isu pajakan tanah
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Peneroka Ladang Tennamaram minta kerajaan negeri selesaikan isu pajakan tanah

 

BESTARI JAYA, 7 April  — Kira-kira 400 peneroka Ladang Tennamaram di Kampung Tanjung Pasir, Bestari Jaya di sini meminta campur tangan Kerajaan Negeri Selangor, dalam menyelesaikan isu tanah yang diusahakan mereka sejak 1965 yang kini telah dipajak kepada dua buah syarikat.

Salah seorang peneroka, K.Siva, 44 tahun berkata, keluarganya sudah 40 tahun mengusahakan tanah di ladang tersebut, yang merupakan pendapatan utama untuk keluarganya.

“Syarikat tersebut kini sedang membina jalan di ladang ini dan kami diberi tempoh masa tertentu untuk mengutip hasil pertanian, sebelum diarahkan keluar,” katanya.

“Kami ini orang miskin, kita cuma mampu bantah dan minta tolong seperti kepada media dan Ahli Parlimen (Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar) untuk mendengar masalah kami. Selama 40 tahun kami berada di sini ini dan ini adalah punca rezeki kami,” katanya.

Noh dalam pada itu berkata, tanah ladang di Kampung Seri Makmur seluas 320 hektar itu, telah ditawarkan kepada dua syarikat tersebut sebagai tanah rizab kerajaan untuk diusahakan bagi tujuan pertanian dan penternakan bagi tempoh 21 tahun.

“Persoalannya adalah mengapa dua syarikat yang ditubuh hanya dalam masa dua bulan iaitu pada Julai 2018, sudah diberikan pajakan itu pada bulan September tahun yang sama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri demontrasi bersama peneroka tersebut sini hari ini.

“Apakah benar syarikat ini mahu mengusahakan pertanian ataupun dia ada niat lain, kerana dihujung tanah tersebut ada sungai dan kita bimbang takut mereka mahu mengorek pasir di sana,” katanya.

Noh turut meminta, agar kerajaan negeri melihat semula status tanah tersebut dan menarik semula pajakan yang diberikan kepada kedua-dua syarikat berkenaan.

“Saya juga akan mendapatkan maklum balas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas peneroka ini membuat laporan kepada pihak berkuasa itu sejak 2019,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Jaringan telekomunikasi, COVID-19 punca bancian Sabah masih rendah
  • 5.7 juta premis lulus bagi gentian optik pada peringkat kedua JENDELA fasa satu – MCMC

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.