Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • Dua pengawal peribadi dibelasah majikan dijadikan ‘keluarga angkat’ Bersatu Klang
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 23, 2021April 23, 2021
  • 0

Dua pengawal peribadi dibelasah majikan dijadikan ‘keluarga angkat’ Bersatu Klang

SHAH ALAM, 23 April — Bersatu Klang akan menjadikan dua lelaki yang dibelasah majikan kerana berpuasa sebagai “keluarga angkat” bagi memastikan kebajikan kedua-dua bekas pengawal peribadi itu terbela sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari berkata pihaknya juga akan melantik panel peguam bagi membantu kedua-dua mangsa memfailkan saman menuntut ganti rugi daripada pelaku.

“Kedua-duanya mengalami trauma bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Pada masa sama, beliau berkata Bersatu Selangor mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia dan pihak pendakwa raya yang telah mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan masa kini tidak bertolak ansur terhadap perlakuan jenayah yang mencabar hak dan kebebasan beragama apatah lagi terhadap agama Islam yang termaktub sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Bersatu Selangor turut menyampaikan bantuan RM3,000 kepada seorang daripada mangsa bagi membantunya menampung perbelanjaan sepanjang bulan Ramadan.

“Kami juga akan berusaha mencari pekerjaan yang sesuai untuk kedua-dua mereka secepat mungkin,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Penjawat awam Selangor diberi bantuan khas setengah bulan gaji atau RM1,000
  • Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan – Nancy Shukri

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.