Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalurkan menerusi PENJANA — Tengku Zafrul
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 14, 2021April 14, 2021
  • 0

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalurkan menerusi PENJANA — Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 April — Sejumlah RM420.8 juta telah disalurkan menerusi Pembiayaan Mikro Kredit di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi manfaat sebanyak 12,651 perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro, setakat 2 April, 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Menurutnya, bagi tempoh sama, permohonan dana pinjaman mudah PKS yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima adalah sebanyak RM11.87 bilion yang memberi manfaat kepada 25,289 kelompok tersebut.

Selain itu, Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA telah meluluskan 315 permohonan daripada keseluruhan 636 permohonan dengan nilai pembiayaan RM62.9 juta setakat 2 April, 2021, berbanding 308 kelulusan daripada 626 permohonan dengan pembiayaan bernilai RM61.9 juta pada minggu sebelumnya, kata beliau.

“Kerajaan sedar bahawa rekod permohonan untuk dana ini tidak berapa menggalakkan pada masa ini berikutan keadaan industri pelancongan yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Menerusi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, adalah diharapkan bahawa imuniti kelompok yang disasarkan mampu dicapai seawal Disember 2021 dan seterusnya menjadi pemangkin bagi pemulihan ekonomi, khususnya industri pelancongan negara,” katanya ketika membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-49, pada Rabu.

Menurut Tengku Zafrul, setakat 2 April, 2021, dana Bumiputera Relief Financing (BRF) telah disalurkan kepada seramai 749 PKS yang berjumlah RM226.8 juta.

Beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan bantuan sokongan Penggunaan Teknikal dan Digital untuk PKS dan Syarikat di Peringkat Pertengahan (MTC) dengan sejumlah RM59.3 juta disalurkan kepada 13,857 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Shopee hubungkan pengguna dengan peniaga luar talian menerusi ciri ‘Deals Near Me’
  • Mesin jahit usang Haja Mohideen teguh berbakti selepas lebih 70 tahun

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.