Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Penjawat awam Selangor diberi bantuan khas setengah bulan gaji atau RM1,000
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • April 23, 2021April 23, 2021
  • 0

Penjawat awam Selangor diberi bantuan khas setengah bulan gaji atau RM1,000

SHAH ALAM, 23 April — Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 19 Mei depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK itu turut diberikan kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, speaker dan timbalan speaker, ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan persekutuan.

“Kerajaan negeri juga bersetuju agar pembayaran BKK dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat (MPKK), pegawai perhubungan kampung baru/ bagan/ tersusun, ketua komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) sebanyak RM1,000 dan Penggerak Belia Selangor sebanyak RM500 yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Mahabbah Ramadan bersama Penjawat Awam Negeri Selangor, di sini hari ini.

Amirudin berkata pembayaran BKK itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM22.675 juta.

Selain itu katanya setiausaha MPKK dan petugas masjid pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui program tanggungjawab sosial korporat  anak syarikat kerajaan negeri.

Dalam perkara lain, Amirudin berkata hingga 15 April lepas, kerajaan negeri mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM853.31 juta atau 38.79 peratus daripada anggaran hasil bagi 2021 sebanyak RM 2.20 bilion, penurunan sebanyak 19.39 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Kempen penanaman 100 juta pokok dapat sambutan
  • Dua pengawal peribadi dibelasah majikan dijadikan ‘keluarga angkat’ Bersatu Klang

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.