Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Alam Sekitar
  • »
  • Perak kesan 3,000 hektar tanah hutan simpan diteroka secara haram – MB
  • »
  • Alam Sekitar, BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Perak kesan 3,000 hektar tanah hutan simpan diteroka secara haram – MB

 

LENGGONG, 10 April — Sejumlah 3,000 hektar tanah hutan simpan di seluruh Perak dikesan telah diterokai secara haram sehingga kini, menurut Menteri Besarnya Datuk Saarani Mohamad.

Beliau berkata isu itu telah dan sedang ditangani pihaknya menerusi Jabatan Perhutanan, termasuk lima kes sudah dibawa ke mahkamah selain ada beberapa lagi kes yang masih dalam siasatan.

“Ada orang yang telah menebang, menebas, keluarkan kayu hutan secara haram dan menjualnya. Ada juga yang bercucuk tanam di tanah itu untuk pertanian. Ini penerokaan haram. Kita minta semua mereka, berhenti serta-merta kerana kita ada peraturan tertentu dalam mengeluarkan hasil kayu.

“Kalau aktiviti penebangan tidak dikawal, ini akan menyebabkan banjir lumpur. Jabatan Perhutanan juga telah mengenal pasti siapa dan di mana penerokaan haram berlaku dan kita ada maklumat lengkap,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu Saarani menyempurnakan majlis perasmian Penghijauan Malaysia: Tasik Raban Lenggong sempena kempen 100 juta pokok peringkat negeri Perak yang turut dihadiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah di Dataran Tasik Raban, 60 kilometer dari Ipoh, dekat sini.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Shamsul Anuar berkata sehingga hari ini, sejumlah 5.8 juta pokok ditanam di seluruh negara dengan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Saya yakin kita akan capai sasaran 100 juta pokok pada 2025 bersandarkan komitmen semua pihak terlibat,” katanya.

Saarani dan Shamsul Anuar sebelum itu menanam pokok selain meletakkan petak pokok yang sinonim dengan Perak antaranya pokok Ipoh, Beruas, Kangsar dan Sungkai yang ditanam di kawasan Tasik Raban.

Pada 5 Jan lepas, kempen Penanaman 100 juta Pokok (2021-2025) peringkat kebangsaan dengan tema “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” telah dirasmikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut dilaksanakan serentak di peringkat negeri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • Afghanistan berpotensi sebagai ‘gerbang emas’ minyak sawit Malaysia ke Asia Tengah
  • Kerajaan minta KKM umum keputusan rentas negeri sempena Aidilfitri lebih awal

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.