Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Perkhidmatan Awan & Keselamatan Siber permulaan baik tarik pelabur baharu – Muhyiddin
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi, Teknologi
  • April 12, 2021April 12, 2021
  • 0

Perkhidmatan Awan & Keselamatan Siber permulaan baik tarik pelabur baharu – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 12 April — Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber Telekom Malaysia (TM) untuk kerajaan Malaysia yang dilancarkan pada Isnin menjadi permulaan amat baik bagi inisiatif MyDIGITAL untuk menarik pelaburan baharu sektor digital dari dalam serta luar negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Perdana Menteri, usaha itu juga selaras dengan sasaran kerajaan untuk menarik pelaburan tempatan dan luar negara bernilai RM70 billion dalam sektor digital sehingga tahun 2030.

“Perkhidmatan Awan ini akan membolehkan rakyat Malaysia mengakses dan menikmati pengalaman sambungan yang lancar bagi menyokong gaya hidup lebih digital, masyarakat digital, perniagaan digital, industri digital dan kerajaan digital yang seiring dengan inisiatif MyDIGITAL,” katanya menerusi catatan terbaharu di Facebook.

Perkhidmatan berkenaan menyediakan keupayaan lengkap merangkumi perkhidmatan awan secara menyeluruh termasuk infrastruktur-sebagai-perkhidmatan, platform-sebagai-perkhidmatan, perisian-sebagai-perkhidmatan, perkhidmatan profesional awan serta perkhidmatan awan terurus bagi kerajaan.

Muhyiddin sebelum itu melancarkan Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM untuk kerajaan di Pusat Data Teras Lembah Kelang TM ONE (KVDC), Cyberjaya, yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

KVDC adalah sebuah ekosistem (pengkomputeran) Awan dan Keselamatan Siber milik TM ONE.

“Saya amat berbangga dengan keupayaan TM untuk menjadi satu-satunya syarikat Penyedia Perkhidmatan Awan (CSP) tempatan yang telah diberi kebenaran beroperasi di bawah inisiatif MyDIGITAL bersama tiga lagi CSP lain dari luar negara.

“Tahniah kepada pihak TM atas komitmen dan kesediaan dalam memainkan peranan utama dalam memacu tranformasi digital Kerajaan di bawah inisiatif MyDIGITAL,” kata Muhyiddin.

Pada majlis sama, beliau menyaksikan pemeteraian perjanjian antara TM dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia dan Cloud Connect Sdn Bhd untuk Panel Pengkomputeran Awan Berpusat TM serta Penyedia Perkhidmatan Terurus TM.

Perdana Menteri turut menyerahkan surat lantikan TM sebagai Penyedia Perkhidmatan Awan untuk kerajaan kepada Pengerusi TM, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, sebelum dibawa melawat KVDC yang mempamerkan ekosistem  Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM ONE.

Inisiatif MyDIGITAL yang dilancarkan pada Februari lepas, antara lainnya menyaksikan kerajaan menyasarkan tahap produktiviti sektor ekonomi negara meningkat 30 peratus lebih tinggi berbanding semasa menjelang tahun 2030.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Sistem e-Wages pastikan pekerja terima gaji tepat pada masanya – MEF
  • Sultan Mizan seru umat Islam perkukuh perpaduan

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.