Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Persekutuan Judo Malaysia terima pengiktirafan Jepun
  • »
  • BERNAMA, Sukan
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Persekutuan Judo Malaysia terima pengiktirafan Jepun

 

KUALA LUMPUR, 8 April  — Persekutuan Judo Malaysia (MJF) dianugerahkan Japanese Foreign Ministry Commendation 2020 atas sumbangan  besar dalam mempererat persahabatan Malaysia-Jepun.

Anugerah itu disampaikan Duta Jepun ke Malaysia Oka Hiroshi kepada Presiden MJF, Datuk Andrew Lim Tatt Keong, di sini, pada Khamis.

Oka berkata MJF aktif memperkenal dan mempromosi seni mempertahankan diri Jepun itu kepada tentera dan polis Malaysia.

Sejak mewakili Malaysia di pentas dunia, persekutuan juga aktif membantu dan menganjurkan kejuaraan antarabangsa seperti Kejohanan Judo Antarabangsa Piala Jigoro Kano 2016 di Pulau Pinang, melibatkan penyertaan 200 pengamal judo dari 15 negara.

“MJF gigih mempromosikan judo di seluruh negara sehingga judo kian  diterima di Malaysia.

“Pelbagai program pertukaran diatur MJF sekali gus mengukuhkan persahabatan Jepun dan Malaysia, Jepun sangat menghargainya,” katanya.

Oka berkata meskipun pasukan Judo Malaysia tidak menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020, beliau yakin MJF akan terus menyokong Judoka Malaysia (pengamal judo) dan berharap Judoka mengambil bahagian pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau turut berharap Malaysia akan memperkenalkan Judo sebagai sebahagian aktiviti kurikulum tambahan di sekolah dalam masa terdekat.

Sementara itu, Lim berkata MJF berharap dapat bekerjasama dengan Kedutaan Jepun di sini untuk mempromosikan lagi judo di samping mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Anugerah berkenaan diberikan setiap tahun oleh Menteri Luar Jepun kepada individu dan kumpulan yang telah memberikan sumbangan besar dalam mempererat persahabatan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • MySmart Wilayah 2030 dilancarkan, pacu pembangunan bandar pintar di Wilayah Persekutuan
  • Masyarakat tani digalak pasar produk secara dalam talian

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.