Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Persepsi dana wakaf hanya untuk manfaat orang Islam harus diperbetul
  • »
  • BERNAMA
  • April 13, 2021April 13, 2021
  • 0

Persepsi dana wakaf hanya untuk manfaat orang Islam harus diperbetul

KUALA LUMPUR, 13 April — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa supaya diperbetulkan salah faham mengenai dana wakaf yang dikatakan hanya memberi manfaat dan dikhususkan bagi orang Islam.

Presidennya Adnan Mat berkata konsep wakaf adalah untuk kesejahteraan umat manusia secara keseluruhan dan pihaknya berharap Yayasan Wakaf Malaysia dengan penglibatan Majlis Agama Islam negeri-negeri melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengukuhkan penglibatan rakyat terutama masyarakat bukan Islam, supaya bersama-sama terlibat dalam pembangunan dana wakaf.

“Persepsi mengenai dana wakaf hanya khusus untuk umat Islam sahaja perlu ditangkis dalam pemikiran rakyat melalui pendekatan yang lebih mesra kepada masyarakat bukan Islam.

“Dalam konteks perkhidmatan awam pula, Cuepacs berharap semua ketua jabatan memainkan peranan aktif dalam menggalakkan pegawai dan kakitangan terlibat dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji. Salurkan info secara jelas mengenai peranan dan kepentingan berwakaf agar penjawat awam lebih jelas mengenai potongan gaji yang mereka lakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menyeru kira-kira 1.6 juta penjawat awam untuk terlibat dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji secara berkala dan sukarela bagi mengukuhkan peranan wakaf demi pembangunan ekonomi negara serta meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Adnan berkata langkah kerajaan meluluskan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2020 untuk melakukan potongan gaji wakaf tunai secara sukarela bagi pegawai awam yang berkhidmat di Persekutuan dan Negeri merupakan satu kemudahan yang perlu dimanfaatkan oleh semua penjawat awam.

“Bayangkan sekiranya 1.6 juta penjawat awam menyumbang purata RM10 seorang pada setiap bulan untuk sumbangan wakaf, sudah tentu sekitar RM192 juta setahun mampu dikumpulkan ke dalam dana wakaf tersebut setiap tahun melalui penjawat awam sahaja.

“Bagaimanapun usaha yang lebih berkesan perlu dilakukan kerajaan terutama Yayasan Wakaf Malaysia bagi meyakinkan dan menggalakkan penglibatan penjawat awam terutama mereka yang bukan beragama Islam,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2021 hari ini berkata bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat kerajaan persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Industri kitar semula mampu jana kemampanan ekonomi Malaysia
  • Kelantan peruntuk RM1.5 juta bantu peniaga terkesan pembatalan bazar Ramadan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.