Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Pertemuan Duta Malaysia tidak gambarkan pengiktirafan terhadap Junta Myanmar
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Pertemuan Duta Malaysia tidak gambarkan pengiktirafan terhadap Junta Myanmar

 

KUALA LUMPUR, 8 April  — Mesyuarat dihadiri Duta Malaysia Datuk Zahairi Baharim di Kementerian Tenaga dan Elektrik (MOEE) di Nay Pyi Taw pada Rabu, tidak menunjukkan bahawa ia satu pengiktirafan atau sebaliknya terhadap Majlis Pentadbiran Myanmar (SAC).

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata pertemuan itu diadakan bagi menyampaikan keputusan PETRONAS Carigali Myanmar (Hong Kong) Ltd (PCML) kepada MOEE bahawa ia menggantung sementara operasi utama projek gas Yetagun.

“Pendirian Malaysia terhadap Myanmar jelas dan konsisten. Kami sentiasa mendesak dihentikan segera keganasan, pembebasan segera tanpa syarat tahanan politik, dan penerusan dialog inklusif membabitkan semua pihak untuk transisi politik dan penyelesaian aman terhadap krisis berterusan di Mynmar serta rakyatnya,” menurut kenyataan Wisma Putra pada Khamis.

Kementerian berkata, Malaysia akan meneruskan pembabitan konstruktif dengan semua pihak yang berkepentingan ke arah matlamat itu.

Dilaporkan PCML menghentikan operasinya di medan Yetagun pada 1 April sehingga keputusan baharu dibuat berikutan kemerosotan pengeluaran gas di lapangannya di Blok M12, M13 dan M14 yang terletak di Laut Andaman, perairan Myanmar.

Kehadiran Zahari di MOEE menyebabkan netizen di Myanmar mempersoalkan sama ada Malaysia mengiktiraf SAC manakala beberapa pemimpin politik di Malaysia menyuarakan kegusaran mereka kerana ia bercanggah dengan pendirian negara dan serantau terhadap rejim junta.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • KKM rampas ubat, kosmetik tidak berdaftar bernilai lebih RM800,000
  • Bekalan air di 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak pulih

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.