Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pertemuan Muhyiddin, Sultan Brunei kukuh hubungan Malaysia-Brunei – Hishammuddin
  • »
  • Berita
  • April 5, 2021
  • 0

Pertemuan Muhyiddin, Sultan Brunei kukuh hubungan Malaysia-Brunei – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 5 April — Pertemuan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada Isnin mengukuhkan lagi hubungan istimewa Malaysia-Brunei Darussalam yang sedia akrab, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Melalui hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata dua kesepakatan utama berjaya dimeterai dalam pertemuan sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 Malaysia-Brunei.

Kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman dalam bidang pengurusan bencana era pasca-COVID-19 dan Perjanjian Unitasi antara syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dengan Sekretariat Unitasi Kebangsaan (NUS) dalam sektor minyak dan gas.

Hishammuddin berkata kedua-dua pemimpin turut senada untuk antara lain memperhalusi cadangan mewujudkan skim Laluan Hijau Timbal Balik antara Malaysia dan Brunei bagi tujuan rasmi dan perniagaan penting apabila situasi mengizinkan.

“Menjalin kerjasama diplomasi vaksin termasuk ke arah pengiktirafan sijil vaksinasi masing-masing,” katanya dalam hantaran yang turut disertakan beberapa keping gambar pertemuan berkenaan.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk memperkukuh persefahaman berkaitan Land Boundary Malaysia-Brunei termasuk memastikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bersama dapat diadakan dalam waktu terdekat.

Menurut Hishammuddin, kedua-dua negara juga akan meningkatkan usahasama dalam sektor ekonomi terutama antara Brunei dengan Sabah dan Sarawak.

Dalam aspek pertahanan, katanya, kerjasama antara Royal Brunei Armed Forces (RBAF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan dipereratkan.

Malaysia dan Brunei turut akan mempelbagaikan pendekatan bersama dalam sektor agrikultur, perikanan, pendidikan, pelaburan, pelancongan dan teknologi maklumat termasuk keselamatan siber, kata Hishammuddin.

Muhyiddin mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei yang berakhir pada Isnin.

Sumber : BERNAMA

Tags: Brunei, fbk, Gas, Minyak, Muhyiddin, NUS, Petronas, twk

Editorial

  • #RasuahBusters kempen kesedaran perangi rasuah peringkat awal – Hussamuddin
  • Ujian saringan COVID-19 percuma untuk peniaga bazar Ramadan di Labuan

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.