Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • Lebih 136 ribu pesara, petugas polis layak terima bantuan one-off RM500 – Hamzah
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 16, 2021April 16, 2021
  • 0

Lebih 136 ribu pesara, petugas polis layak terima bantuan one-off RM500 – Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 April  — Seramai 136,655 orang terdiri daripada pesara, bekas polis dan petugas polis era darurat yang merupakan penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) layak menerima bayaran sekali bayar (one-off) RM500, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. 

Pemberian itu sebagai menghargai jasa pengorbanan dan kebaktian golongan berkenaan kepada negara termasuk ketika era darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

“Inilah namanya frontliners (petugas barisan hadapan)…jadi disebabkan itu sepatutnya, kita rasa bangga kerana waktu mana sekali pun asal namanya darurat, petugas barisan hadapan yang sebenar adalah anggota  polis itu sendiri.

“Sebelum ini, kita dimaklumkan hanya 40,000 penerima tetapi angkanya dinaikkan sehingga melebihi 100,000 namun hari ini, kita telah dimaklumkan lebih 136,000 yang akan menerima wang RM500 ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian One-Off RM500 PJPN di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pemberian itu jelas membuktikan kerajaan sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal pesara polis, bekas polis serta petugas polis dalam era darurat dengan berusaha mencari ruang dan peluang membantu mereka.

“Pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan kepada 10,000 penerima dengan jumlah peruntukan RM5 juta dan dimasukkan terus ke akaun penerima secara berperingkat sehingga Disember 2022 manakala bagi perwira-perwira yang telah meninggal dunia, bayaran akan disalur kepada pasangan atau waris masing-masing,” katanya.

Pada Februari, kerajaan mengumumkan bayaran secara ‘one off’ RM500 yang disalurkan kepada pesara dan bekas polis yang menerima PJPN serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat.

Terdahulu pada majlis itu seramai 79 penerima PJPN yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima bayaran one-off berkenaan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Pencemaran Sungai Langat Oleh Pembangunan Industri
  • Gagal patuhi SOP, Bazar Ramadan Tok Adis diarah tutup sementara

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.